Jarang Tedi terjumpa motosikal yang diubahsuai sebegini di Malaysia.

gambar motosikal ubahsuai custom made di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia ala-ala motosikal Harley Davidson
Gambar sebuah motosikal diubahsuai berwarna hijau tentera ala Harley Davidson di tempat letak motosikal di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Gombak.
# 03 Aug 2011 09:37 # 20110803 # 

 

Jadi bila Tedi terserempak dengan motosikal ni, apa lagi, snap je la apa yang patut. Tapi sekali je la, lebih-lebih nanti mau kena serbu dengan pemilik motosikal ini ataupun pakcik pengawal keselamatan. Tambahan pula di UIAM Gombak ni sering berlaku kecurian topi keledar, terutamanya pada hari Jumaat.

Nak buat macam mana ya tak, kompleks pengajian tinggi ni luas nak mengawalnya agak sukar, takkan nak amalkan polisi pintu pagar tertutup pula kan? Pandai-pandailah jaga harta benda sendiri.

Motosikal ni ada beberapa ciri yang tak sesuai pada pandangan mata bulat Tedi ni:

  1. Tiada penangkis lumpur (mud guard) di bahagian hadapan, sedangkan Malaysia ni meriah dengan hujan dan lopak di tengah jalan.
  2. Mud guard) belakang tak cukup panjang. Percayalah bahawa bahagian belakang badan penunggang motosikal ini tidak dapat dilindungi daripada percikan air.
  3. Plate number yang terletak di tempat letak kaki itu sungguh membahayakan keselamatan, juga mengurangkan kadar sudut pelipatan ketika mengambil selekoh.

Itu sahajalah pada masa ini, tiada apa lagi nak komen. Apa-apa pun motosikal ini memang cool.


 Edisi:

  1. Kiriman pertama: 29 Jun 2013 jam 5 pagi.