[20251105] Kos Ganti Cooling Coil Subaru XV: Nishillo Cool Auto Sepang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Ini adalah kali kedua kami menggantikan Cooling Coil untuk kereta Subaru XV STI 2015 ini. Sebelum ini, Master menggunakan alat ganti original Subaru, namun kecewa kerana ia hanya bertahan sekitar 2 ke 3 tahun sahaja. Kali ini, Master memilih jenama alternatif (Nishillo) dengan harapan ketahanannya sekurang-kurangnya setara dengan harga yang dibayar.

Proses baik pulih dilakukan di Nishillo Cool Auto, Sepang. Master juga mengambil peluang untuk melakukan system flushing serta menukar expansion valve dan cabin filter demi memastikan sistem penyaman udara bekerja pada tahap optimum.

Nota Kemas Kini (31 Mac 2026):
Malangnya, pada hari ini sistem aircond mula terasa bermasalah semula. Master sedang menunggu masa yang sesuai untuk menghantar kereta kembali ke bengkel bagi pemeriksaan lanjut sementara masih dalam tempoh jaminan (Warranty) 1 tahun.
Tarikh Kejadian: 20251105 (Rabu)
Bengkel: Nishillo Cool Auto, BBST
Keterangan Kerja / Alat GantiHarga (RM)
Cooling Coil (Nishillo)370.00
Expansion Valve (EXP Valve)170.00
Cabin Filter50.00
System Flushing120.00
Workmanship (Upah Kerja)450.00
Diskaun (10% OFF Wednesday - Workmanship)-45.00
JUMLAH KESELURUHAN (RM)1,115.00

Alhamdulillah, pada asalnya aircond kembali sejuk beku. Item Cooling Coil ini didatangkan dengan jaminan sehingga November 2026. Master berharap isu terbaharu ini hanyalah masalah kecil yang boleh diselesaikan melalui tuntutan jaminan tersebut.

Kad Jaminan Cooling Coil Subaru XV
Resit ganti cooling coil Nishillo Cool Auto
Rekod dirakam pada 18 Mac 2026 | Lokasi: Kosmopleks, BBST, Sepang.
IMG_20260318_131656-resit.jpg | IMG_20260318_131713-kad-jaminan.jpg

~20251105~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

⌂ Home

Popular