Kelakar betul apabila Tedi tonton iklan terbaru Samsung ini.
Selain itu Tedi berasa cukup kagum bagaimana mereka dengan efektif boleh keluarkan iklan dalam masa terdekat selepas saingan mereka melancarkan produk terbaru dikenali iPhone 6.
Samsung melancarkan iklan yang mengingatkan bagaimana pasa suatu masa dahulu siri telefon Galaxy keluaran mereka dilabel "raksasa" dan juga "pembakar roti" dek kerana saiznya yang besar.
Dalam iklan itu juga diselit "kini pesaing kami tidak menolaknya (telefon pintar bersaiz besar), malahan mereka menirunya!".
Mereka juga memasukkan komentar penganalisis yang berbunyi, "Adakah saya sahaja? Atau iPhone 6 memang kelihatan seperti Samsung Galaxy 2?"
Apa-apa sahajalah.. para peminat kedua-dua jenama ini pun mungkin bertelagah sesama sendiri telefon siapa lebih bagus.
Tedi pula tak kisah asalkan telefon tu berfungsi dengan baik dan boleh sejajarkan semua data yang Tedi punya seperti buku telefon, email, kalendar, foto dan semua fail lain.
Berkenaan permainan atau aplikasi pula, Tedi tetap gunakan Google Nexus 7 buat masa ini.
Kalau ada oarang nak taja atau hadiahkan yang lain, Tedi terima sahaja.
2 Ulasan
Betul.. tak kisah yang mana pun.. janji mudah dapat berkomunikasi.. ;)
BalasPadamitulah pasal... telefon canggih kalau takde kredit pun tak berguna...
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.