بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Kami dalam perjalanan dari Sepang ke rumah Mak Long di Sungai Besar. Sempat kami singgah ke Husin Fauzi Farm yang merupakan salah satu tempat menarik di Kuala Selangor kerana mini zoo yang ada di sana. Tempat ini juga mengumpul dana buat Maahad dan turut memberi peluang pelajar Maahad terlibat dalam menguruskan mini zoo tersebut.


Jom Berkuda

Aidan dan Mummy mencuba aktiviti menunggang kuda di Husin Fauzi Farm ini dengan bayaran MYR 5 (lima Ringgit Malaysia sahaja). Pengalaman yang bagus walaupun nampak macam biasa-biasa sahaja rupa-rupanya tunggang kuda ni pun memberi rasa gayat juga.

Picture of Aina and Aidan after finishing the horse riding activity at Husin Fauzi Farm Kuala Selangor.
Gambar Aina dan Aidan setelah selesai aktiviti menunggang kuda di Husin Fauzi Farm Kuala Selangor. # Saturday, 10 April 2021, 16:01 # 20210410 # IMG20210410160131.jpg # OPPO Reno2 #

 


Menaiki Tram

Tedi pun tak tahu apa nama kenderaan ini tetapi untuk keretapi yang bergerak atas jalan raya Tedi lebih suka panggil ia tram. Gerabak panjang ini ditarik oleh sebuah ATV. Selain menaiki tram anda juga boleh menunggang ATV.

Picture of Aidan waiting in a tram that will take visitors on patrol along Jalan Batu 45 Teluk Penyamun. The experience may be ordinary but for children it may be an extraordinary experience as Aina is busy talking about her experience on the train after that.
Gambar Aidan sedang menunggu di dalam tram yang akan membawa pengunjung meronda di sepanjang Jalan Batu 45 Teluk Penyamun. Pengalaman yang mungkin biasa-biasa sahaja tetapi bagi kanak-kanak ia mungkin pengalaman luar biasa memandangkan Aina asyik bercerita pasal pengalamannya menaiki train selepas itu. # Saturday, 10 April 2021, 16:27 # 20210410 # IMG20210410162707.jpg # OPPO Reno2 # https://goo.gl/maps/pdWFXbR1W12UfmFd6 #

Pictures of sales outside Husin Fauzi Farm selling food, drinks, toys and clothes. Soap balloons are also for sale. When she sees this balloon -allergic thing, Aina will be busy asking to buy it for her. Picture of Aidan playing with balloons in front of a stall at Husin Fauzi Farm. Even then, the soap was only a quarter after Aidan spilled the balloon soap. If it is not spilled, it is not valid.
Gambar jualan di luar Husin Fauzi Farm yang menjual makanan, minuman, permainan dan pakaian. Belon sabun pun ada dijual. Apabila nampak benda alah belon ini maka Aina akan sibuk minta belikan untuknya. Gambar Aidan sedang bermain belon di depan gerai di Husin Fauzi Farm. Itupun sabunnya tinggal suku sahaja selepas Aidan tumpahkan sabun belon tersebut. Kalau tak tumpah memang tak sah. # Saturday, 10 April 2021, 16:14 # 20210410 # IMG_20210410_161457.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A #

Husin Fauzi Farm. Zoo. Hours of operation 9 a.m. to 6 p.m. Buying and selling livestock. Aina's stylish picture in front of the viewer of Husin Fauzi Farm while Aidan is busy noticing something. Pictured before we moved to leave the farm.
Husin Fauzi Farm. Taman Haiwan. Waktu operasi 9 pagi hingga 6 pagi. Membeli dan menjual ternakan. Gambar Aina bergaya di hadapan pemidang Husin Fauzi Farm manakala Aidan sedang sibuk perhatikan sesuatu. Bergambar sebelum kami bergerak meniggalkan ladang tersebut. # Saturday, 10 April 2021, 16:29 # 20210410 # IMG20210410162943.jpg # OPPO Reno2 # https://goo.gl/maps/8zC1diWWFgBLUUYP9 #

Komen tentang Husin Fauzi Farm

  1. Ia adalah tempat yang bagus untuk bawa anak-anak berjalan melihat haiwan seperti ikan, reptilia, ayam, burung, burung unta, rusa, kuda, lembu, arnab, kambing dan kerbau.
  2. Boleh pegang haiwan.
  3. Boleh beri makan rusa.
  4. Boleh tunggang kuda.
  5. Boleh cuba aktiviti memanah.
  6. Boleh naik train.
  7. Terdapat jualan makanan dan minuman juga pakaian di depan pinta masuk.
  8. Letak kereta adalah percuma.
  9. Tetapi agak menyedihkan melihat haiwan seperti tidak terjaga, kurang makanan dan minuman, kandang kuda pun tiada air minuman (sedih pula melihat kuda tu tendang-tendang bekas minuman atau makanannya yang kosong), sangkar yang tidak dibersihkan. Mungkin kerana tiada kemahiran yang diperlukan untuk menyelenggara sebuah taman haiwan. Perkara ini akan mendatangkan fitnah kepada agama Islam kerana ladang ini dikaitkan dengan sebuah maahad di mana kita boleh melihat pelajar maahad turut membantu menguruskan ladang ini.

 


~20210410~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih