بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


gambar papan tanda pusat rekreasi Pantai Sri Tujoh
Selamat Datang Pantai Sri Tujoh Pusat Rekreasi. Hargai keindahan tasik kita. Cintai Pantai Sri 7 kita.
# Saturday, 23 October 2021, 15:36 # 20211023 # IMG20211023153659 # OPPO Reno2 # 16200 Tumpat, Kelantan # https://goo.gl/maps/EYst3h5cdGGcavz16 #

Turut ada tasik di Pusat Rekreasi Pantai Sri Tujoh ini di mana menjadi tempat orang berniaga. Selalunya kami akan singgah di sini dulu beli apa yang patut untuk dijadikan bekalan semasa berkelah terutamanya aiskrim kelapa.

Di kawasan ini turut terdapat hotel, medan makan, surau, tempat berniaga malahan muzium.

Selain tasik terdapat juga kawasan kuala sungai di mana bot nelayan berlabuh.


Arca Komp C 105

Tak tahulah arca apa ni tapi ada label Komp C 105 bermaksud ini mungkin dibina oleh pihak tentera bermaksud mungkin kawasan ini adalah di bawah jagaan mereka atau mungkin sahaja mereka menjalankan khidmat sosial. Tedi sangkakan sedemikian kerana rasanya cuma tentera sahaja yang suka gunakan singkatan Komp untuk kompeni (company). Tetapi tiada maklumat ditemui dalam Google.
# Saturday, 23 October 2021, 15:40 ## IMG20211023154039 # OPPO Reno2 # https://goo.gl/maps/McNTfNT6R372xKok6 #

gambar bot nelayan Tumpat Kelantan
Satu lagi mercu tanda yang ada di Pantai Sri Tujuh ini iaitu sebuah bot nelayan. Patutnya kena lukis sekali bendera Negeri Kelantan ataupun letak la huruf yang besar-besar tu I love Pantai Sri Tujuh, walaupun ringkas tapi kesannya besar.
# Saturday, 23 October 2021, 15:41 # IMG20211023154114 # OPPO Reno2 # https://goo.gl/maps/T44mUU69aFNggd268 #

gambar berkelah di tepi pantai
Aidan dan Aina sedang menikmati aiskrim kelapa di Pantai Sri Tujuh sambil ditemani deruan ombak yang agak kuat juga bayu laut sepoi-sepoi bahasa.
# Saturday, 23 October 2021, 16:00 # 20211023 # IMG20211023160009 # OPPO OPPO Reno2 # Pantai Seri Tujuh # Jln Tumpat, Kampung Binjai, 16200 Tumpat, Kelantan # https://goo.gl/maps/apzJsXR9cfxh5FcD7 #

Aina dan Aidan bermain pasir sahaja di tepi pantai Sri Tujuh kerana mereka takutkan ombak.
# Saturday, 23 October 2021, 16:34 # IMG20211023163436 # OPPO OPPO Reno2 # Pantai Sri Tujuh # Jln Tumpat, Kampung Binjai, 16200 Tumpat, Kelantan #

 


~20211023~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih