[t21i12] Makan angin di Giverny Park Sunsuria City di Sepang di Malaysia
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Apabila kami tiba di taman rekreasi tersebut kami melihat ramai orang beriadah dengan pelbagai aktiviti. Ada di antara mereka yang berkelah sambil makan-makan, ada yang berlari, berjalan, menunggang basikal, bersenam, bermain bola keranjang, duduk-duduk di bangku melihat pemandangan, manakala kanak-kanak pula ada yang bermain di taman permainan.
Perkara pertama yang menarik kami ke taman rekreasi ini ialah kewujudan sebuah tasik besar di tengah-tengah Giverny Park Sunsuria City dengan air pancut gergasi. Ada sebuah jambatan merentangi tasik ini.
Bagi kanak-kanak pula, jangan risau kerana selain menikmati keindahan alam di taman rekreasi Giverny Park, anda boleh bermain permainan yang disediakan di taman permainan kanak-kanak di situ.
Terdapat lot kedai di kawasan ini tetapi belum beroperasi. Tedi dapat bayangkan pada suatu masa nanti tempat ini akan menjadi tumpuan ramai terutama jika ada kedai makan dibuka di kawasan ini.
~20210912~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih




Ulasan