بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Dipendekkan cerita rumah Uncle Amer telah dilanda banjir. Uncle Amer adalah kawan sesyarikat Mummy, jadi kawan-kawan sekerja beliau telah datang membantu mencuci rumahnya itu.

Master pun turut membantu sambil bawa komputer riba takut-takut bos telefon minta bantuan. Mujur pada hari itu Master tidak ada kes besar yang memerlukan perhatian khusus.

Aidan dan Aina pula ke Taska tetapi turut dibawa ke rumah Uncle Amer sebaik sahaja habis sesi pertaskaan mereka.


The situation in Uncle Amer's house when we arrived at the scene. Master, without much talk, just pick up what can be picked out while the women are busy talking about wanting to choose this and that.
Keadaan dalam rumah Uncle Amer ketika kami tiba di tempat kejadian. Master tanpa banyak bicara angkat sahaja apa yang boleh diangkat keluar manakala kaum wanita pula sibuk berborak nak pilih itu ini begitu begini.
# Thursday, 23 December 2021, 10:39 # IMG_20211223_103933.jpg # Xiaomi M2101K7BG #

Gambar Aidan sedang menolak air cucian lantai di rumah uncle Amer di Taman Salak Pekerti. Kami membantu mencuci rumah beliau yang dilanda banjir kalau tak silap setinggi paras pinggang Master, manakala mencecah paras leher di luar rumah. Beberapa buah taman perumahan di sekitar Labu Lanjut terjejas dek banjir kali ini manakala persimpangan ke Kota Warisan ditutup kerana diteggelami air.
# Thursday, 23 December 2021, 19:15 # 20211223 # IMG_20211223_191545.jpg # Xiaomi M2101K7BG #

~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih