بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Singgah di kedai Faiz Frozen & Chips di Salak Lama yang menawarkan menu Rojak Sotong Kangkung dan Tauhu Bakar. Gambar Aidan dan Aina sedang mengintai Mummy beli Rojak Sotong Kangkung dan Tauhu Bakar dan Air Kelapa Muda di kedai Faiz Frozen & Chips.
Pada masa ini iaitu sekitar jam 6 petang kedai itu sudah dikemas untuk ditutup tetapi tuan kedai baik hati melayan kami yang terliur nak makan Rojak Sotong Kangkung ni. Kelihatan macam ada jualan kerepek di kedai Faiz Frozen & Chips ni, nama kedai pun ada "chips", jual kerepek la tu kan? Kedai ini terletak di sebelah Jalan Besar Salak (B48).
Umur Aina ialah 4 tahun 9 bulan 25 hari. Umur Aidan ialah 2 tahun 3 bulan 17 hari.
# Tuesday, 14 December 2021, 18:11 # 20211214 # IMG_20211214_181131.jpg # Xiaomi M2101K7BG # 35 jalan b48 Pekan, Salak, 43900 Sepang, Selangor # QQH2+JHW Sepang, Selangor #

Lokasi: https://goo.gl/maps/qUig23yPKZcJMd3r8 


Beli sarapan di Nasi Lemak Tangling Kota Warisan

Kami sekeluarga telah beberapa kali makan Nasi Lemak Tangling ni di medan makan di Tangling. Tetapi ini adalah kali pertama kami cuba Nasi Lemak Tangling dari cawangan kedai makan tersebut di Kota Warisan.

Pada waktu pagi selepas hantar Aina dan Aidan ke Taska, Mummy ke kedai makan Nasi Lemak Tangling Kota Warisan untuk beli sarapan. Sudah lama Mummy nak beli makanan di kedai makan ini. Mummy beli Nasi Lemak Sotong, Nasi Goreng, Telur Mata dengan jumlah harga MYR 17.20
# Tuesday, 14 December 2021, 10:24 # 20211214 # IMG20211214102409.jpg # OPPO Reno2 #

Tambahan pula jalan pintasan Kota Warisan - Bandar Baru Salak Tinggi telah dibuka membantu memendekkan masa perjalanan menjadikan kegiatan mencari makanan di Kota Warisan adalah satu pilihan yang agak berbaloi.


~20211214~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih