Pasti ramai yang kenali Android. Ia adalah sistem operasi untuk telefon pintar yang dibangunkan di atas bahasa aturcara Java.

Gambar comel Android

Sistem operasi untuk telefon pintar keluaran Apple pula adalah iOS, manakala Microsoft juga cuba perkenalkan sistem operasi mereka iaitu Windows yang Tedi kenal sebagai Windows CT sebelum Windows 7 RT dan kini Windows 10.

Sistem operasi bagi sesiapa yang tak tahu adalah satu sistem yang hubungkan apps pada telefon dengan perkakasan telefon itu sendiri.

Rajah mudah fungsi Sistem Operasi

Bagaimana OS Berfungsi? (Penjelasan Rajah)

Cuba bayangkan anda mahu mengambil gambar. Anda tekan butang "Ambil Gambar" pada skrin (Pengguna). Tetapi, perkakasan kamera di dalam telefon tidak faham bahasa manusia. Di sinilah Sistem Operasi (OS) bertindak sebagai Penterjemah Pintar (seperti robot Android di tengah rajah). OS menterjemah arahan anda dan memberitahu kamera, "Hei Kamera, sila tangkap gambar sekarang!" (Perkakasan Telefon). Tanpa OS, telefon hanyalah seketul besi yang tidak bernyawa.

Menariknya adalah sistem operasi Android itu dikatakan dibangunkan untuk kamera. Perkara ini dikhabarkan sendiri oleh Andy Rubin iaitu pengasas bersama Android pada tahun 2013.

Sistem OperasiPengeluar
AndroidGoogle
iOSApple
WindowsMicrosoft
HarmonyOSHuawei

Namun apabila telefon pintar mula memasuki pasaran, mereka mula merasakan bahawa pasaran untuk kamera adalah tidak meluas, jadi mereka ubahsuai Android supaya boleh digunakan pada telefon pintar.

Langkah yang mereka ambil itu amat bijak kerana kini orang ramai dah tak berapa guna kamera digital untuk menangkap gambar.

Android telah dibeli oleh Google pada tahun 2005 dengan harga USD$ 50 juta.