[t26c18] Cara Paksa Google One Tukar Pelan Tahunan Serta-merta (Jimat RM 23.80)

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Hari ini Master terkejut apabila tiba-tiba sahaja Google One minta bayaran atau akan ditamatkan langganan. Master pun buat bayaran di mana sekali lagi Master terkejut kerana langganan Google One adalah secara bulanan.

Master tak suka dengan langganan bulanan ini kerana sebab pertama Master tak rajin bayar setiap bulan, kedua kerana langganan tahunan ada diskaun 16% (penjimatan sekitar RM 23.80 setahun!).

Master pun mula cari page tukar langganan bulanan itu ke tahunan, tetapi tidak ditemui, maka Master meminta bantuan Tedi untuk mencarinya.


Langkah Tukar Pelan Google One ke Tahunan

Rupa-rupanya, pilihan ini agak tersorok jika anda mencari di aplikasi telefon. Cara paling mudah adalah melalui pelayar web:

  • Layari one.google.com.
  • Klik pada ikon Settings (Gear).
  • Pilih menu "Change membership plan".
  • Pilih pelan 200GB dan tukar toggle dari Monthly ke Annual.

Plot Twist: Google Terus Deduct!

Pada mulanya, Master sangka kena tunggu baki 34 hari langganan bulanan habis baru Google akan caj pelan tahunan. Master agak risau juga kalau-kalau baki dalam e-wallet Boost terpakai untuk benda lain sementara menunggu sebulan lagi.

Tetapi rupa-rupanya, Google terus buat penolakan (deduct) serta-merta! Mungkin sistem Google mengesan pertukaran pelan ini sebagai arahan pembayaran terus. Master rasa lebih lega begini sebab urusan pembayaran sudah selesai awal.

Tarikh Pembaharuan (Next Payment)

Selepas proses pertukaran selesai, Master semak semula status langganan. Sekarang, tarikh pembayaran seterusnya (next payment) Master adalah pada 21 April 2027.

Nota Master: Dengan menggunakan e-wallet Boost yang dipautkan ke Google Play, proses ini jadi sangat pantas. Master bukan sahaja dapat harga diskaun, malah tak perlu risau pasal bayaran bulanan untuk setahun lebih lagi!

Kesimpulannya, kalau anda ada bajet lebih, tukarlah ke pelan tahunan terus. Lebih jimat, lebih tenang. Semoga perkongsian di interpretZZ.com ini bermanfaat!


⌂ Home

Popular