Impian kanak-kanak menjadi hero pujaan ramai direalisasikan.

 

Gambar seorang BatKid diraikan penduduk San Francisco

 

  • Pada hari Jumaat lepas, penduduk San Francisco beramai-ramai memeriahkan majlis sempena meraikan Miles Scott sebagai Batkid.
  • Program itu ditaja oleh Make-A-Wish Foundation, tetapi San Francisco tetap terpaksa berbelanja USD$ 105000 untuk majlis itu.
  • Kebanyakan kos yang terlibat adalah untuk menyediakan sistem audio-visual gergasi di Moscone Center, di mana Miles Scott bertemu datuk bandar Ed Lee.
  • Persiapan itu terpaksa dibuat apabila penganjur mendapati hampir 14000 penonton akan hadir.
  • San Francisco menyatakan kos itu akan ditampung oleh keuntungan daripada konvensyen-konvensyen yang akan diadakan di Moscone Center.

Mesti kawan-kawan terfikir kenapa mereka boleh layan imaginasi seorang budak sehingga macam tu sekali? Mungkin San Francisco sudah terlalu kaya atau sudah tiada orang miskin maka impian sebegini yang dituruti.

Sebenarnya Miles Scott adalah penghidap leukimia sejak berumur 18 bulan. Pada awalnya Make-A-Wish Foundation merancang untuk adakan majlis ringkas di mana datuk bandar Ed Lee akan berehat dari tugasnya sebentar dan menyerahkan kunci bandar San Francisco yang dibuat daripada coklat kepada Miles Scott.

Majlis ringkas itu sepatutnya hanya akan dihadiri oleh ratusan sukarelawan. Tetapi kemudiannya didapati bahawa hampir 14500 orang akan hadir, memaksa San Francisco untuk memasang TV gergasi dan juga pentas profesional dengan teknologi terkini.

Batkid dan keluarganya dikhabarkan menerima jemputan ke program TV daripada pengacara popular seperti David Letterman, Jay Leno, dan Ellen DeGeneres.

Manakalah laman web Make-A-Wish juga dikhabarkan mati apabila terlalu banyak layaran mencecah 1000 layaran sesaat.

Itulah orang kata, niat yang baik selalunya akan terserlah juga. Majlis kecil yang dirancang untuk gembirakan seorang budak penghidap leukimia akhirnya menjadi majlis besar tontonan ribuan orang.

Di Malaysia, jangankan imaginasi kanak-kanak, cita-cita orang dewasa untuk dapat membeli kereta pada harga lebih murah yang seperti diakujanjikan pun, masih tak nampak rupa.

Sumber: http://www.sfgate.com/bayarea/matier-ross/article/Batkid-celebration-s-cost-to-S-F-105-000-4995296.php

20131119