Beradab di Facebook dan Twitter, atau sedia untuk dihumban ke dalam penjara.
Adakah Menyakiti Hati Orang Lain di Facebook & Twitter Satu Jenayah?
Kita semua mungkin mempunyai berbeza pendapat mengenai perkara ini. Namun, apa yang pasti dan kita semua setuju adalah kepentingan menjaga kesopanan serta etika ketika menggunakan kedua-dua platform media sosial tersebut.
Bagaimanapun, negara Grenada mengambil langkah yang jauh lebih drastik! Mereka telah memperkenalkan satu rang undang-undang yang membolehkan orang ramai melaporkan sebarang perbuatan yang menyakitkan hati mereka di Facebook dan Twitter terus kepada pihak polis.
Seterusnya, hakim akan menentukan sama ada sesuatu kiriman atau post tersebut benar-benar mengganggu emosi mangsa. Jika terbukti bersalah, pesalah boleh dikenakan denda sehingga $37,000 atau hukuman penjara sehingga 3 tahun!
Hahahaha... kalau undang-undang macam ni dilaksanakan kat tempat kita, mahu gelak sendirian la jawabnya dalam lokap nanti.
Sumber:
20200714
Ulasan