بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Pemangsa setinggi 50 kaki ini adalah satu-satunya dinosaur yang banyak menghabiskan masanya di dalam air.

Raksasa yang dinamakan Spinosaurus aegyptiacus itu telah lama diketahui saintis melalui penemuan fosil beberapa lama dahulu, cuma kebanyakan tulang-tulangnya musnah di Jerman semasa Perang Dunia ke-2. Sekarang, selepas 70 tahun, rangka baru ditemui di Maghribi yang memberitahu dinosaur ini adalah lebih akuatik daripada apa yang disangkakan.
Fosil Spinosaurus

Spinosaurus mempunyai leher yang jinjang, tangan depan bercakar dan kuat, rahang yang kuat dan tulang padat seperti Penguin. Dia berenang di dalam air dengan kaki rata yang mungkin berselaput, seperti yang ditunjukkan dalam kajian oleh Journal Science yang baru diterbitkan.

Konsep Lama Spinosaurus

Konsep lama Spinosaurus, ketika ia disangkakan hidup di daratan.

Raksasa ini juga punyai sirip berduri setinggi 7 kaki di belakangnya semasa ia hidup 95 juta tahun dahulu.

"Kami seperti bertemu makhluk asing," - kata ketua kajian, Nizar Ibrahim dari University of Chicago.
"Ia sangat berbeza"

Paradigma baru

Tetapi rangka terbaru ini menunjukkan tanda-tanda ia hidup di air seperti tulang punggung menyerupai kepunyaan Ikan Paus, tulang padat yang membenarkan ia menyelam, dan kedudukan lubang hidung yang tinggi.

Spinosaurus Pandangan Tepi

Spinosaurus dari tepi menunjukkan lehernya yang panjang. Tedi tengok kaki belakangnya macam kecil sahaja, lebih kepada kaki perenang.

Ahli paleontologi Ernts Stromer adalah yang pertama menemuinya di Mesir pada 1912. Malangnya pada 1944 kebanyakannya musnah apabila Munich dibom.

Diet

Spinosaurus makan hidupan akuatik bersaiz kereta di kawasan yang dilabel sebagai kawasan paling berbahaya, kerana di daratannya hidup 3 pemangsa bersaiz T.rex, di langit turut ada pemangsa gergasi, dan dalam air ada jerung sepanjang 25-kaki, ikan gergaji gergasi, dan hampir 7 jenis buaya purba.

Pertarungan: Spinosaurus vs T-Rex

Spinosaurus adalah 9 kaki lebih tinggi daripada T.rex. Jika bertarung dalam air, Spinosaurus menang mudah. Namun di daratan, T-Rex lebih stabil dengan gigitan sekuat 12,800 paun. Mereka adalah raja di habitat masing-masing!
Spinosaurus Memburu

Peminat mahu ia digelar sebagai Raja Dinosaur kerana lebih besar dari T.Rex.

Filem

Dalam filem Jurassic Park III, ia menang melawan T. rex. Ia juga muncul dalam Transformers Age of Extinction sebagai Scorn.

Scorn Transformers

Inilah Scorn yang boleh bertukar kepada Spinosaurus.

Rujukan

  • Nizar Ibrahim et al. (2014). "Semi-aquatic adaptations in a giant predatory dinosaur." Journal Science.
  • National Geographic - Spinosaurus: Lost Giant of the Cretaceous.
  • Ernst Stromer (1912). Records of Egyptian fossils.

Diterbitkan: 20140916 | Kemaskini: 20260304 (13:42) | Tedinosaurus | interpretZZ