![]() |
Dinosaur pertama di Malaysia ditemui fosilnya di Pahang oleh sebuah pasukan ahli paleontologi antarabangsa. Penemuan fosil gigi ini adalah hasil kajian selama 2 tahun bermula pada tahun 2012. |
...
- Kajian ini melibatkan kerjasama Universiti Malaya dengan 2 buah universiti Jepun iaitu Waseda University dan Kumamoto University.
- Ketua penyelidik Waseda University, Professor Ren Hirayama, seorang pakar paleontologi reptilia mengenalpasti bahawa salah satu daripada gigi yang ditemui, dikenali sebagai UM10575 adalah milik kepada dinosaur spinosaurid.
...
![]() |
Lokasi penemuan adalah di Pahang namun lokasi sebenar dirahsiakan untuk mengelakkan penyamun tarbus melaksanakan operasi merompak khazanah negara. |
![]() |
Penemuan ini membuka perdebatan mengenai populasi dinosaur pemakan daging (maging) atau karnivor di Pahang yang dikatakan sesuai untuk didiami mereka. |
![]() |
Dinosaur pertama Malaysia ini adalah dinosaur yang menjadikan ikan sebagai makanan ruji mereka. Eh, sama macam Tedi pula! Agaknya kami ni ada hubungan bau-bau bacang? |
![]() |
Gambaran seekor dinosaur Spinosauridae memakan seekor Ikan Yu Gergaji. |
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.