بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم. اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØَÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØَÙ…َّدٍٍ
Semalam Master membantu menyiapkan bahan untuk Aina bagi pembelajaran Pendidikan Seni Tahun 3 (Buku Teks muka surat 17) bertajuk Poster Perayaan.
Bahan-bahan ini dikumpulkan mengikut silibus DSKP Pendidikan Seni Visual (PSV) Tahun 3. Sesuai digunakan oleh para guru dan ibu bapa sebagai Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk memudahkan murid memahami teknik Montaj dan komposisi poster yang bertema.
Salah satu bahan yang diperlukan adalah media contohnya majalah untuk digunting. Tetapi memandangkan majalah adalah rare pada masa ini, takkanlah Mummy akan membenarkan majalah-majalah beliau untuk digunting? Jadi Master menggunakan alternatif mencari gambar dalam internet dan edit apa yang patut sebelum dicetak. Tedi lampirkan gambar-gambar itu mana tahu kawan-kawan akan perlukannya pada suatu hari.
Buku teks itu menyatakan bahawa poster disiapkan menggunakan teknik Montaj, Tedi tertanya-tanya teknik apakah itu? Bukankah kalau tampal-tampal ini sepatutnya teknik Kolaj?
Nota Tedi: Kolaj menggunakan pelbagai bahan tekstur (kertas, kain, bijirin), manakala Montaj menggunakan potongan gambar sebenar dari media untuk menghasilkan satu tema baru. Gunakan gam jenis 'stick' agar hasil seni Aina tidak berkedut!
Imej pertama adalah muka taip Perayaan di Malaysia.
Koleksi Imej Bahan Seni Aina:
Imej seterusnya adalah tanglung Tahun Baru Cina, kuih bulan, kuih sarang semut Gawai, pelita India, Siga/Sigar Kadazan, kuih-muih India, pelita raya, ketupat palas, ketupat nasi, dan kolam/ranggoli Deepavali.
Sebenarnya Master mahu pelbagaikan lagi gambar dari perayaan Gawai, Kaamatan, Krismas dan lain-lain tapi masa tidak mengizinkan takut Kedai Buku Seroja ditutup pula untuk berbuka puasa.
~20260302~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
0 Ulasan
Buah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.