Catatan Ramadhan 2026
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Bulan puasa Ramadhan kali ini istimewa sedikit kerana Aina dan Aidan turut mula berpuasa. Aina darjah 3 pada tahun ini manakala Aidan darjah 1.
Ramadhan tahun ini mula lebih kurang 1 bulan setelah bermula sesi persekolahan tahun ini. Tedi belum pernah bercerita mengenai persekolahan Aina dan Aidan tahun ini.
Aidan baru masuk tahun 1 jadi dia baru masuk ke kelas sebenar selepas 1 bulan transisi. Alhamdulillah dia dapat masuk kelas Program Dwi Bahasa di mana Aidan memilih untuk belajar Bahasa Cina. Selain itu dia belajar Sains dan Matematik menggunakan Bahasa Inggeris.
Aina dan Aidan belajar puasa
Berkenaan puasa, mereka berdua puasa penuh juga walaupun pada mulanya Aina tidak berpuasa makan di kantin, dia mula berpuasa setelah Master hentikan pemberian wang belanja kepadanya. Dia pun meminta Master tidak berikan wang kerana dia takut "terbeli" makanan dan minuman di kantin.
Itu apa yang mereka claim, jadi kita terima sahaja "puasa" mereka itu.
Sahur mereka agak ke laut selalunya setelah Subuh, tapi nampak Aidan ada kefahaman bahawa sahur sebelum Subuh.
Tarawikh
Bab tarawikh, mereka agak semangat ke surau dengan niat untuk bermain. Aidan pada awalnya solat penuh tapi kebelakangan ini nampak macam dia tak solat langsung sibuk bermain di belakang walaupun tidak buat bising.
Tidur petang
Sudah 2 kali Aidan tidur pada jam 7 petang dan meleret hingga 2 pagi atau tengah malam. Memang dia tidak bangun berbuka puasa. Master malas nak kejut sebab jika dikejut dia akan buat hal, sama juga hasilnya tak berbuka puasa.
Trump dan Israel serang Iran
Puasa tahun ini dicemari dengan serangan ke atas Iran, sungguh menyedihkan dan nampaknya Iran "bresendirian" dalam hal ini.
Kita sedia maklum Israel suka buat hal di bulan Ramadhan dan kali ini mereka bergerak lebih ganas.
Amerika, Tedi rasakan tiada tujuan lain selain minyak. Sebelum ini mereka rampas kuasa kerajaan Venezuela dan sekarang Iran pula. Tedi tak rasa kalau tiada kepentingan duit mereka akan serang Iran.
Pemerintah Iran si Khamenei telah terkorban dalam serangan ini di pejabat beliau tetapi mengejutkan lawan kerana allahyarham telah menyusun siapa calon menggantikannya, tinggal dipilih dan dilantik sahaja.
Tidak seperti di Venezuela di mana Amerika Syarikat berjaya mengambil minyak dengan menculik ketua negara.
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Ulasan