بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Mungkin tiada peribahasa yang betul-betul dikhususkan untuk aktiviti melancong atau industri pelancongan, namun ada beberapa peribahasa yang mempunyai maksud yang sesuai untuk dimasukkan dalam karangan bertemakan aktiviti melancong.

logo peribahasa Melayu untuk melancong dengan logo kamera

[Senarai Peribahasa "Melancong"]

  1. Berjalan jauh banyak dilihat
  2. Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa
  3. Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan
  4. Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan
  5. Sebab bahasa menunjukkan bangsa

Berjalan jauh banyak dilihat

Banyak pengalaman.

Peribahasa "Berjalan jauh banyak dilihat" boleh digunakan sebagai peribahasa melancong kerana ia mengandungi frasa "berjalan jauh". Ia boleh membawa maksud kita akan mendapat lebih banyak pengalaman apabila kita melancong kerana ada banyak perkara baru dapat kita lihat. Ini adalah salah satu peribahasa faedah melancong.

[Senarai Peribahasa "Melancong"]


Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa

Maksud peribahasa: Banyak pengalaman

Peribahasa "Jauh berjalan banyak pemandangan" boleh digunakan sebagai peribahasa berkaitan melancong kerana ia kandungi frasa "jauh berjalan", Lebih banyak kita melancong melihat negara orang lebih banyak yang dapat kita saksikan sekaligus memberikan kita lebih banyak pengalaman. Kita boleh gunakan peribahasa ini untuk menceritakan faedah melancong.

[Senarai Peribahasa "Melancong"]


Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan

  1. Maksud peribahasa:
    1. Ingin mendapat sebanyak-banyaknya;
    2. sangat berbesar hati.
Peribahasa "kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan" ini mungkin kelihatan tiada kena mengena dengan melancong tetapi salah satu maksud peribahasa ini ialah "sangat berbesar hati", jadi kita mungkin sebagai contoh boleh kaitkan perasaan berbesar hati ini dengan peluang yang diperolehi untuk melancong ke luar negara terutama jika peluang itu atas tajaan pihak lain. Atau kita boleh katakan kita berbesar hati menerima kehadiran pelancong luar yang datang melancong di Malaysia.

Peribahasa lain yang sama makna: Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan.

[Senarai Peribahasa "Melancong"]


Kurang luas tapak tangan, nyiru saya tampungkan

  1. Ingin mendapat sebanyak-banyaknya;
  2. sangat berbesar hati.
Rujuk Kecil tapak tangan, nyiru ditadahkan untuk penggunaan peribahasa ini dalam tema melancong atau pelancongan.

[Senarai Peribahasa "Melancong"]


Sebab bahasa menunjukkan bangsa

Maksud peribahasa "Sebab bahasa menunjukkan bangsa" ialah budi bahasa yang halus menunjukkan bangsa yang baik.

Salah satu lagi peribahasa yang boleh digunakan untuk tema melancong atau pelancongan ialah tentang budi bahasa di mana kita boleh menyentuh tentang pentingnya menjaga budi bahasa ketika melancong atau ketika melayani pelancong kerana ia akan menunjukkan bagaimana identiti bangsa kita.

[Senarai Peribahasa "Melancong"]


~20230826~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih