بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Sebenarnya Tedi tiada nafsu pun nak berblogging pada pagi ini tetapi ayat "hidung mancung bak seludang" dalam kiriman bertajuk Tukar Bearing dan Minyak Hitam Saga BLM, telah menarik minat Tedi untuk mengkaji peribahasa berkaitan seludang.

Ternyata Tedi hanya jumpa dua sahaja. Jadi "hidung mancung bak seludang" tu apa? Nampak gaya itu bukanlah peribahasa, mungkin kiasan sahaja.


Mayang menolak seludang

Maksud: Melupakan orang yang memeliharanya sejak kecil.

Contoh ayat: Tindakan Tanggang yang melupakan ibunya setelah bergelar nakhoda adalah seperti mayang menolak seludang.

Boleh jadi ini adalah peribahasa untuk anak derhaka. Tetapi tidak terhad kepada anak sahaja kerana maksudnya menggunakan istilah "orang" di situ bukannya ibu bapa.

Seludang menolak mayang

Maksud: Menyombongkan diri.

Dia menolak bantuan kawan-kawan sepejabat kerana berfikiran dirinya sentiasa betul dan tidak memerlukan bantuan, perangainya itu bagaikan seludang menolak mayang.


~20230221~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih