[t22l12] Peribahasa Rindu
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Koleksi peribahasa Melayu tentang rindu dan kiasan perasaan, disusun mengikut urutan abjad.
Adat muda menanggung rindu
Maksud: Orang hidup harus menanggung berbagai-bagai cubaan (senang, susah, sakit dan sebagainya).
Api makan sekam (Seperti api dalam sekam)
Maksud: Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi.
sekam = dedak
Bersarak serasa hilang, bercerai serasa mati
Maksud: Sangat rindu atau sangat berkasih-kasihan.
sarak = pisah
Laksana jentayu menantikan hujan
Maksud: Sangat rindu.
jentayu = burung garuda yang besar
Tedi berasa ingin tahu apa kisah jentayu dan hujan ini. Rupa-rupanya menurut mitos dan sastera lama (seperti dalam Hikayat Merong Mahawangsa), burung Jentayu hanya meminum air hujan yang turun terus dari langit dan tidak akan meminum air bumi. Maka, ketika kemarau, ia akan memandang ke langit dengan penuh kerinduan dan harapan sehingga hujan turun untuk menyelamatkan nyawanya.
Contoh: Halimah rindu ibu bapa di kampung laksana jentayu menantikan hujan.
Mandi tak basah
Maksud: Orang yang keras hati; atau terlalu rindu.
Putih mata kerana memandang
Maksud: Menanggung rindu.
Retak pertujuh
Maksud: Hati yang sangat rindu.
Rindu akan jadi batasnya, maka manis tidak jadi cuka
Maksud: Pergaulan yang terlalu mesra kerap kali berakhir dengan dendam kesumat.
Seperti pungguk rindukan bulan
Maksud: Mengharapkan sesuatu yang sukar diperoleh.
Contoh: Penyokong Manchester United seperti pungguk rindukan bulan berangan menjuarai Liga Inggeris.
- Kamus Peribahasa Melayu
- Peribahasa (Wendy Wong)
- Mitos Burung Jentayu dalam Hikayat Merong Mahawangsa & Sastera Rakyat Melayu.
~ 20221212 ~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

Ulasan