بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Salah satu aktiviti menarik semasa kami berada di Taman Negara Kuala Tahan adalah melawat perkampungan orang asli. Tidak tahu jika ia layak dipanggil kampung kerana menurut Tok Batin, mereka tidak tinggal tetap di satu kawasan. Mereka akan berpindah-randah mengikut kesesuaian. Oleh sebab itu rumah mereka pun nampak macam bukan dibina untuk diduduki dalam tempoh yang lama, lebih kepada perkemahan. Tetapi mungkin mengikut peredaran zaman dan ada pula anak-anak bersekolah lama kelamaan mereka akan tinggal tetap juga di satu kawasan.


Demonstrasi Menyalakan Api Menggunakan Sumber Alam

Ketika berada dalam hutan salah satu cara untuk meneruskan hidup adalah dengan memiliki api. Ia berguna untuk memasak selain menghalau gangguan haiwan liar. Tetapi dalam hutan mana nak cari mancis atau pemetik api? Maka kena tahu cara untuk hasilkan api menggunakan bahan-bahan semulajadi. Kami ditunjukkan cara bagaimana orang asli hidupkan api dengan menggunakan rotan dan kayu hidup. Tak pasti pula jika perlukan kayu yang khusus. Jika kawan-kawan berkesempatan menonton pertunjukan ini bolehlah tanya kayu apa yang boleh digunakan.

lukisan orang asli menghidupkan api
Demonstrasi menghidupkan api menggunakan rotan dan kayu oleh orang asli. Rotan akan digeselkan dengan laju pada kayu sehingga menghasilkan bara yang kemudiannya akan diletak daun-daun kering untuk menyalakan api.
# Sunday, 29 March 2015, 17:03 # 20150329C Taman Negara (190) # Canon EOS 500D #
Rotan diletakkan pada celahan yang ada pada kayu dan kemudian digeselkan laju-laju untuk hasilkan bara. Kayu itu juga dipijak untuk menahan ia dari bergerak.
# Sunday, 29 March 2015, 17:03 # 20150329C Taman Negara (191) # Canon EOS 500D #

Menyumpit

Menyumpit menggunakan alat sumpitan adalah salah satu cara orang asli memburu dan mempertahankan diri dalam hutan. Kami dipersembahkan cara menyumpit sebelum diberi peluang untuk menggunakan sumpitan tersebut untuk menyumpit ayam mainan. Seronok rasanya apabila demak mengenai sasaran. Tapi ayam mainan bolehlah, kalau ayam hidup, habis demak pun belum tentu kena. Pengalaman yang bagus jika kawan-kawan mengunjungi Taman Negara Kuala Tahan ini.

gambar lukisan orang sedang menyumpit
Mummy cuba menyumpit menggunakan alatan perburuan traditional orang asli ketika melawat perkampungan orang asli. Apabila kita berjaya menyumpit terasa satu pencapaian yang hebat dan boleh dihebahkan ke seantero dunia.
# Sunday, 29 March 2015, 17:26 # 20150329C Taman Negara (205) # Canon EOS 500D # Taman Negara # 27000 Kuala Tahan, Pahang # https://goo.gl/maps/q2BmvoT5B7rbt18U6 #

 


~20150329~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih