Setelah puas merayau di Pasar Kemboja Parit Buntar, kami meneruskan perjalanan pulang ke Sepang. Memandangkan Parit Buntar adalah berdekatan dengan kampung Tok Ayah, kami singgah sebentar di Kampung Sungai Bakau, Nibong Tebal, Pulau Pinang untuk melihat rumah pusaka peninggalan Nyang Shahidan.

2016-02-09 14:17 Selasa
Rumah arwah Tok Penang di Sungai Bakau di Nibong Tebal di Pulau Pinang dikelilingi pokok kelapa sawit. Rumah asal adalah di bahagian atas.
Bahagian atas depan yang kelihatan ada 3 jendela ini ialah ruang tamu yang boleh membuatkan 8 buah kelambu. Pada zaman kecil dulu, Master dan sanak saudara tidur dalam kelambu yang bersusun di ruang tamu rumah ini. Kena tidur dalam kelambu kerana ada banyak nyamuk disebabkan di belakang rumah ini dulu adalah sawah padi.
Sony D2533

Kelakarnya hendak dijadikan cerita pada suatu malam Master dan Pak Cik Judin terpaksa tidur tanpa kelambu dan bertemankan ubat nyamuk. Tetapi mereka tidak dapat tidur kerana serangan nyamuk di sana sangat ganas, akhirnya pada keesokan harinya didapati bahawa Master dan Pak Cik Judin tidur di bawah tilam!

Gambar kereta Proton SAGA BLM 1.3 MT IAFM dengan nombor pendaftaran DBM 2326 di hadapan rumah pusaka peninggalan Nyang Shahidan.
# Tuesday, 9 February 2016, 14:31 # 20160209-penang (43) # SONY ILCE-5000 # Jalan Sungai Bakau, Kuala Bagan Tiang, 34200 Parit Buntar, Negeri Perak # 4CF8+99 Tanjung Piandang, Negeri Perak #