بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Habis sahaja masa bekerja kami bergerak dari Bangsar ke IOI City Mall di Putrajaya sebab ada konsert yang diberi nama Malam Sensasi Bersama Judika.

Konsert ini sebenarnya adalah rakaman untuk satu program TV di saluran Sensasi stesen Hypp TV.

Tedi pun tak pernah kenal siapa Judika ni tetapi sebab dah dapat tiket percuma, kita pergi sahajalah.

Gambar dron terbang tinggi merakam persembahan konsert Judika di IOI City Mall Putrajaya.
# Friday, 3 March 2017, 21:57 # 20170303 # EFFECTS.jpg # SONY ILCE-5000 #
Gambar sebuah dron yang merakam persembahan konsert Judika.
# Friday, 3 March 2017, 21:57 # DSC03486.JPG # SONY ILCE-5000 #
gambar seorang jurukamera sedang merakam rancang Malam Sensasi Bersama Judika. Besar betul kameranya dan duduk jauh dari pentas, mesti tahap fokusnya sangat hebat. Ketat betul muka jurukamera ni, tak tahulah sama ada dia sengaja jaga macho.
# Friday, 3 March 2017, 22:01 # 20170303 # DSC03500.JPG # SONY ILCE-5000 #
Gambar tiket konsert Malam Sensasi Bersama Judika. Teks: SONY MUSIC. Malam Sensasi Bersama JUDIKA. Dibawakan khas oleh HYPPTV. Bersama artis jemputan Leo Danniel, Farisha Irish, Fiqri Jelani Persis dan Ary Hadre. 3hb Mac 2017, 8.00mlm West Entrance IOI City Mall, Putrajaya #JudikaMY2017, iOI CITY MALL, KL TOWER MALAYSIA, ROTIKAYA, PARKROYAL Kuala Lumpur, koolfm, hers.
# Friday, 3 March 2017, 21:42 # DSC_7659.JPG # Sony D2533 #
 Gambar para pekerja sedang mengemas peralatan selepas tamat konsert Malam Sensasi bersama Judika. Tedi pun tak faham kenapa mereka bekerja dalam cahaya samar-samar.
# Friday, 3 March 2017, 22:42 # 20170303 # DSC03545.JPG # SONY ILCE-5000 #
Pemandangan di sekitar tapak konsert setelah tamat persembahan.
# Friday, 3 March 2017, 22:45 # DSC03549.JPG # SONY ILCE-5000 #
Gambar para peminat sedang bergambar dengan artis Malaysia yang dikenali sebagai Hazama.
# Friday, 3 March 2017, 22:34 # DSC03532.JPG # SONY ILCE-5000 #

 


~20170303~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih