بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Jam tangan pintar Fossil akhirnya tiba

Pada 20210808 Master telah menempah sepasang jam tangan pintar berjenama Fossil melalui portal e-dagang Lazada. Master beli jam tangan pintar itu kerana Mummy sedang rajin berlari, jadi bolehlah digunakan untuk merekodkan bilangan langkah beliau dan juga degupan jantung. Jenama Fossil dipilih kerana ia adalah salah satu jenama kegemaran Mummy

Jam tangan pintar yang dibeli daripada kedai Timestation itu adalah Fossil Gen 5E Blush Silicone Women's Smart Watch FTW6066.

Pictures of the Fossil Gen 5E Smartwatch and the new Submarine Accurate Time non -smart watch arrived this afternoon.
Gambar jam tangan pintar Fossil Gen 5E Smartwatch dan jam tangan tidak pintar Submarine Accurate Time yang baru sampai pada petang ini. # IPHONE & ANDROID COMPATIBLE GEN SE SMARTWATCH THU 10/24 10:56 62°F FOSSIL US SUBMANE Accursts T WATERR ST # Wednesday, 11 August 2021, 17:19 # 20210811 # IMG_20210811_171858 # Xiaomi M2003J15SC # Rumah Sepang #

Harga jam tangan pintar itu ialah MYR 1039 (satu ribu dan tiga puluh sembilan Ringgit Malaysia sahaja), tetapi Master mendapat rebat sebanyak MYR 20 (dua puluh Ringgit Malaysia).

Pada mulanya Master menyangkakan bahawa Mummy takkan mahu menggunakan jam tangan yang besar gedabak itu, jadi Master telah masukkan pilihan yang lebih kecil iaitu Fossil Charter Hybrid HR Smartwatch FTW7014.

Nasib baik Master memilih untuk bertanya kepada Mummy yang mana pilihannya, kalau buat kejutan, tak merasalah Mummy pakai jam tangan dari koleksi Fossil Gen 5E Series tu. Banyak rekaan dan pilihan tali jam. Master sangka Mummy akan pilih tali jam jenis keluli tahan karat seperti Fossil Smart Watch Gen 5E Rose Gold Stainless Steel Women's FTW6068 tapi Mummy pilih tali jam daripada silikon supaya tahan dibawa berlari.

Master sangkakan Mummy akan sayang untuk bawa jam tangan tersebut berlari, hihihi. Tetapi pasti Mummy takkan memakainya semasa tidur, agak rugi kerana jam tangan pintar itu boleh merekodkan kadar degupan jantung.

Jadi, mungkin lebih baik beli jam pintar yang lebih murah dan tahan lasak supaya boleh dibawa tidur seperti daripada jenama Xiaomi atau Huawei. Master ada juga gunakan Mi Band dulu untuk menjejak corak tidur, degupan jantung, dan kiraan langkah kaki, tetapi lama-lama malas juga. Master memang jenis tak pakai jam.

Tetapi katakanlah nanti Mummy kembali malas berlari, jam pintar itu masih boleh melakukan fungsi-fungsi lain seperti membuat panggilan telefon. Rasanya mungkin jam tangan itu juga boleh digunakan untuk mendengar muzik.

 

Dapat hadiah jam tangan Submarine

Selain jam tangan pintar Fossil Gen 5E itu, ada disertakan sepasang lagi jam tangan berjenama Submarine. Tedi tak pernah dengar jenama jam tangan ini.

Model jam tangan itu mungkin J166M D (S0735) dan harganya kononnya ialah MYR 179 (satu ratus dan tujuh puluih sembilan Ringgit Malaysia sahaja).

Mummy kata jam tangan Submarine itu untuk lelaki, tetapi tali jam tangan itu berjenis keluli tahan karat. Macam pelik kalau lelaki pakai jam tangan dengan tali jam macam tu. Atau Master saja yang tiada idea mengenai jam tangan?

 

Master akhirnya pulih?

Pelik betul penyakit Master sejak divaksin dos kedua, hari ini hari ke-3 beliau tergolek sakit kepala, mual dan muntah. Demam ada sedikit. Seorang kawan pejabatnya berkata bahawa Master kena perbanyakkan makan.

Tapi peliknya malam sebelumnya Master sudah cergas dan boleh kemas rumah. Menjelang siang Master terlantar mengerekot menahan sakit kepala dan mual. Pelik betul kesan selepas vaksin dos kedua ini.

Petang selepas Asar, Master kembali pulih, hilang sakit kepala dan mual, adakah selepas Master minum Nescafe? Sudah 3 hari juga Master tidak sentuh Nescafe. Tidak berselera.

Pada masa itu juga tiba-tiba dua isu production memerlukan bantuannya, alhamdullillah Master dapat memberikan bantuan seadanya. Nasib baik tak jadi semasa Master masih kurang sihat.

Peluh mula keluar melalui kulit kepalanya, satu perasaan yang bagus, cuma pada malam ini Master rasa lidahnya tawar.

Apa-apa pun sakit kepala sudah tiada dan harapnya esok tidak berulang lagi.  

 


~20210812~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih