بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


MANCHESTER: Makanan kucing halal pertama di dunia akan dijual di United Kingdom (UK) dengan harga 7 pound (MYR 40 : empat puluh Ringgit Malaysia sahaja).

Lapor Daily Mail, syarikat bertapak di Manchester, Tiana berkata, pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan beberapa kedai menjual makanan haiwan.

Makanan haiwan itu dijangka dilancarkan bulan depan.

Menurut Tiana, lebih 500,000 penduduk Islam mempunyai kucing di UK dan sebab itu ramai mahu memberikan binatang peliharaan mereka dengan makanan halal.

Tiana halal pet food halal fish feast
Syarikat Tiana dari United Kingdom mengeluarkan makanan haiwan peliharaan halal untuk kucing anda.

Namun, penghasilan produk itu menimbulkan polemik dalam kalangan ulama yang mempersoalkan keperluan haiwan memiliki makanan mengikut agama.

Laman web itu tertera tidak dibenarkan memberikan haiwan peliharaan dengan makanan haram.

Namun, Imam dari Leicester, Sheikh Ibrahim Mogra berkata, beliau kali pertama mendengar tentang perkara itu dan merasakan pelik.

Jelasnya, setakat pengetahuan dirinya, tiada perkara seperti itu yang dituntut untuk memberikan haiwan peliharaan makanan halal.

“Mungkin ia adalah pilihan buat pemilik haiwan tetpai tiada dalam tuntutan agama mengenai perkara itu,” katanya.


Tedi bersetuju tak perlukan makanan halal untuk kucing. Tapi katakanlah makanan kucing tidak halal itu dihasilkan daripada bahagian babi? Bagaimana dengan manusia yang menyentuhnya? Perlukah disamak?

Erm macam menarik juga persoalan ini untuk dirungkai.


Sumber: UK jual makanan kucing halal pertama di dunia - Utusan DigitalWorld's first halal cat food containing chicken, fish and goat will go on sale in Britain | Daily Mail Online


~20210808~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih