بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Kandungan: 

Colek di bulan Ramadhan

Rupa-rupanya kedai makan Nasi Kerabu Aini ni ada jual colek pada waktu malam dalam bulan Ramadhan. Makan colek ni adalah satu budaya orang Kelantan. Telah beberapa kali Tedi ceritakan mengenai makan colek dalam beberapa kiriman sebelum ini.

Malam ini [20210324] kami cuba pula makan colek di kedai makan Nasi Kerabu Aini. Mungkin ini kali pertama kami makan colek di daerah Sepang, mungkin juga kali pertama di luar Kelantan.

Kami makan Kerabu Perut, Colek Sotong dan Udang, dan Colek Kerang.

Picture of Squid and Shrimp Picks
Gambar Colek Sotong dan Udang # Friday, 23 April 2021, 22:42 # 20210423 # IMG_20210423_224215.jpg # Xiaomi M2003J15SC # https://goo.gl/maps/akJeAxJ5PRp6Y2xUA #
 

Mengikut perbualan dengan pemilik kedai, mungkin dia akan teruskan jual colek pada malam hari minggu, dan pada malam hari bekerja mungkin dia tak larat untuk teruskan. apa-apa pun kalau kawan-kawan berminat bolehlah pergi periksa sendiri. Peta ada di bawah gambar macam biasa.

Pulut Pagi di Nasi Kerabu Aini

 

Gambar makanan tradisi Kelantan yang diberi nama Pulut Pagi
Gambar makanan tradisi negeri Kelantan Darul Naim yang diberi nama Pulut Pagi turut dijual di kedai makan Nasi Kerabu Aini. Tetapi kalau anda berangan nak makan Pulut Pagi ini silalah datang awal-awal pagi ya kerana jumlahnya terhad dan laris pula jualannya.
Master mencuba makanan ini buat pertama kali dan ternyata ianya agak lazat. Pulutnya manis diseimbangkan dengan rasa lemak daripada kelapa parut dan juga sedikit rasa masin. Boleh kata macam makan Pulut Nasi dengan Ikan Masin.
# Thursday, 10 September 2020, 09:03 # 20200910 # IMG_20200910_090312.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A # https://goo.gl/maps/NvoGZEmWa1EM7K9i7 #

 


Gambar kedai makan sedap near me di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang di Malaysia
Gambar kedai makan Nasi Kerabu Aini di Jalan Seroja 6 di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor di Malaysia. Kedai makan ini menunjukkan contoh yang baik dalam penggunaan papan tanda yang sangat menonjol dan mengiklankan apa yang mereka jual. Tedi tabik spring dengan mereka.
Gambar ini dirakam pada 20200112 pada jam 10:39 pagi menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A Prime.

 

Bagaimana tahu kedai makan Nasi Kerabu Aini?

Kisahnya lebih kurang sama seperti bagaimana Master kenali Warung Che Lan.

Ketika Master tinggal di Bandar Baru Salak Tinggi ni bersendirian kerana Mummy berpantang di Kelantan, Master akan ke Taman Seroja selepas Subuh untuk cari kedai makan untuk bersarapan.

Master bersarapan di sebuah kedai makan bertentangan dengan kedai makan Nasi Kerabu Aini ni, Master tak ingat nama kedai makan tersebut kerana kedai makan tu tiada papan tanda. Nampak tak kepentingan papan tanda untuk perniagaan anda?

Semasa bersarapan tu Master ternampaklah papan tanda kedai makan Nasi Kerabu Aini ni, ternyata ia kedai makan baru di sana, dan papan tandanya yang menonjol telah membantu membuatkan Master nak mencuba makanan di sana.

Kini Master menjadi pelanggan tetap di sana.

 

Gambar di kedai makan Nasi Kerabu Aini di Taman Seroja dengan bunting Food Panda
Gambar di kedai makan Nasi Kerabu Aini  memperlihatkan bunting FoodPanda menunjukkan kedai makan di Taman Seroja ini menerima pesanan melalui FoodPanda, tapi harga sendiri mau ingatlah.
Turut kelihatan menu dan gambar makanan Nasi Sup Daging Bakar dan Daging Bakar Air Asam.
Gambar ini dirakam pada 20191112 jam 10:32 pagi menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A Prime.

 

Waktu perniagaan kedai makan Nasi Kerabu Aini

Kedai makan ini dibuka awal iaitu pada jam 6:30 pagi dan ditutup mungkin selepas tengahari atau apabila makanan kehabisan. Menjadi tempat orang bersarapan pagi sebaik sahaja solat Subuh berjemaah.

Dulu kalau Master datang dalam jam 11 pagi dah nak habis makanan yang dijual. Selepas tu Master tak pernah dah datang lewat ke kedai makan ni.

Tiada sebarang label menunjukkan waktu operasi kedai makan Nasi Kerabu Aini ini tetapi yang pasti setiap kali Master ke kedai makan ini pada hari Isnin, ia ditutup.

 

Menu makanan di kedai makan Nasi Kerabu Aini

Mereka menjual makanan yang dimakan oleh orang Kelantan pada waktu pagi, seperti:

  • Laksam
  • Nasi Berlauk daging goreng, gulai ikan, gulai daging, gulai kambing.
  • Nasi Dagang
  • Nasi Kerabu Ayam Bakar
  • Nasi Kerabu Daging Bakar
  • Nasi Lemak
  • Pulut (apa namanya Tedi tak tahu)

Sayangnya tiada Nasi Kerabu Ikan dijual di sini.

 

Laksam diimport dari Kelantan

Salah satu menu yang ada di sini ialah laksam. Apabila ditanya jika mereka buat sendiri laksam tu, agak mengejutkan kerana jawapannya tidak.

Kami serkap jarang mereka hasilkan sendiri laksam yang dijual kerana kami tak pernah dengar ada kilang laksam di Selangor ni.

Rupa-rupanya laksam yang kedai makan Nasi Kerabu Aini ni jual diperolehi dari Kelantan. Fuh, boleh tahan jauhnya.

 

gambar telur rebus, jeruk bawang putih, mesin kira dan peranti foodpanda di kedai makan Nasi Kerabu Aini di Taman Seroja.
Gambar IMG_20191112_102757 di kedai makan Nasi Kerabu Aini memperlihatkan telur rebus, bawang jeruk, laksam, mesin kira, dan peranti FoodPanda.
Gambar ini dirakam pada 20191112 (Tuesday, 12 November 2019, 10:27) menggunakan kamera telefon pintar Xiaomi Redmi Note 5A.

 

Kedai makan Nasi Kerabu Aini bercuti panjang

Salah satu hal yang agak mengecewakan ialah kedai makan ni kalau cuti sekolah panjang, mereka pun turut tutup lama bercuti panjang.

Itu sahajalah. Tedi sangkakan peel sebegini akan menjahanamkan perniagaan mereka kerana kedai makan Nasi Kerabu Aini kan masih baru di kawasan ini.

Tambahan kini ada dua tiga tempat di Taman Seroja yang Tedi kenalpasti menjual Nasi Kerabu.

Ternyata pelanggan setia masih kembali ke kedai makan Nasi Kerabu Aini ni disebabkan oleh kualiti masakan mereka.

Walaupun Master kata nasi kerabunya sudah tidak sebagus seperti pada masa awal kedai mereka dibuka, tapi masih meninggalkan pesaing-pesaing mereka yang lain di Taman Seroja ini.

 


~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, tqvm