Dream Chaser atau nama dalam Bahasa Melayu boleh disebut sebagai Pengejar Mimpi atau Pengejar Impian adalah sebuah kapal angkasa yang direka NASA untuk boleh digunakan banyak kali. Bukan sekali sahaja seperti sebelum ini.

NASA (National Aeronautics and Space Administration) adalah satu agensi kerajaan Amerika Syarikat yang terlibat dalam bidang berkaitan angkasa lepas.

Oleh sebab itu kapal angkasa Dream Chaser ini direka untuk mendarat di atas landasan seperti kapal terbang biasa. Selalunya kita tengok kapal angkasa ini akan terjun masuk laut setelah masuk ke orbit bumi kan?

Tedi pun tengok dalam filem atau drama fiksyen sahaja. Hihihi.

gambar Prototaip kapal angkasa Space Systems Dream Chaser buatan Sierra Nevada Corporation di NASA Dryden Flight Research Center di Edwards, California.
EDWARDS, CA - MAY 22:  Prototaip kapal angkasa Space Systems Dream Chaser buatan Sierra Nevada Corporation di NASA Dryden Flight Research Center di Edwards, California.
Ujian penerbangan & sistem landasan pendaratan akan diuji di Edwards Air Force Base bermula musim panas nanti sehingga musim luruh.
Kapal angkasa ini direka untuk membawa kru dan kargo ke dalam orbit-rendah Bumi termasuklah ke & daripada International Space Station.

(Foto oleh Kevork Djansezian/Getty Images)

 Sekali imbas Tedi tengok kapal angkasa Dream Chaser ini nampak seperti rupa seekor itik atau mungkin boleh sahaja Tedi katakan nampak rupa Donald Duck di situ.

gambar kapal angkasa Dream Chaser sedang mendarat di atas landasan
Dream Chaser direka untuk mendarat di atas landasan, bukannya menggunakan payung terjun sebaik sahaja memasuki orbit dari angkasa lepas.

Kapal angkasa Dream Chaser ni menggunakan roket untuk berlepas ke angkasa lepas.

Gambar kapal angkasa Dream Chaser ketika berlepas menggunakan roket Atlas V milik United Launch Alliance.
Dream Chaser ketika berlepas menggunakan roket Atlas V milik United Launch Alliance.

Bacaan lanjut:

20130523