بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Sekitar jam 2-3 pagi Aidan tiba-tiba melalak terjaga dari tidurnya.

Puas juga lakukan pelbagai cara sebelum Aidan tidur semula.

Master perasan pada badannya ada naik bintat-bintat halus.

Bayi 1 Tahun Diserang Ruam

Pada siang hari kelihatan badan dan muka Aidan ada ruam merah seperti gatal-gatal atau alahan.

Master syak Aidan diserang campak tetapi dia tidak demam dan aktif sahaja sepanjang hari.

Cuma Aidan lebih kuat merengek apabila kehendaknya tidak dipenuhi.

Master juga syak Aidan alah kepada makanan, tapi Mummy kata selama ni Aidan tidak alah dengan udang. Semalam Mummy bagi Aidan makan udang.

Masalahnya dengan makanan laut ialah bukannya jenis makanan tu, tetapi kesegaran makanan laut itu sendiri.

Semakin kurang segar sesuatu makanan laut, semakin kuat kesan alahan yang dihasilkannya. Hal ini pernah Tedi kaji dan siarkan dalam kiriman bertajuk "Mulut Gatal Natijah Makan Keropok".

Jadi jika kita tak pernah kena alahan apabila makan makanan laut tidak bermakna kita takkan kena alahan. Malahan makanan laut yang tidak segar juga boleh sebabkan keracunan dan bukan hanya alahan.

Selain itu Mummy pula syak Aidan alah kepada antibiotik yang baru diberi dalam 3 hari ini. Aidan demam sebelum ni dan doktor beri dia antibiotik.

Aidan sebelum ini memang belum pernah ambil sebarang antibiotik.

Benarkah antibiotik juga boleh menyebabkan alahan?

Terkejut juga baca hasil.carian Google yang menyatakan :

Jika anda alah kepada antibiotik, akan ada tanda seperti ruam, bengkak di muka, atau kesukaran bernafas. Reaksi alahan teruk dipanggil anaphylaxis dan boleh berlaku dalam masa satu jam selepas antibiotik diambil.

Wah dahsyat nya.

Hari ini kami tidak bawa Aidan ke klinik kerana Klinik Amal Medik tutup pada hari Sabtu. Jika esok Aidan masih menunjukkan gejala yang sama, kami akan bawa dia ke Klinik Amal Medik.

20200711

 


Bayi Ruam Kesan Kuman yang Dibunuh Antibiotik

Gambar muka bayi lelaki ada ruam dan kesan bengkak setelah antibiotik membunuh bakteria.
Muka Aidan ada ruam merah dan bengkak seperti ada alahan dengan sesuatu. # Sunday, 12 July 2020, 15:22 # 20200712 # IMG20200712152243 # Kamera telefon pintar OPPO OPPO Reno2 #

Kesan ruam pada badan dan muka Aidan kelihatan berkurangan, namun kami tetap bawa dia ke Poliklinik Amal Medik di Kota Warisan untuk diperiksa doktor.

Doktor kata tiada apa perlu dirisaukan kerana ruam itu adalah kesan daripada bakteria yang mati selepas Aidan ambil antibiotik ketika dia demam hari itu.

Lega hati kami mendengarnya.

Alang-alang dah keluar ni kami ke AEON Bandar Baru Nilai pula untuk beli apa yang patut.

20200712