Saintis NASA melaporkan mereka telah merakamkan letupan lunar terbesar sejak 2005.




Letupan yang berlaku pada 17 Mac 2013 itu dikatakan 10 kali lebih besar daripada letupan2 sebelum ini.
Jika bernasib baik, manusia boleh melihat letupan itu jika merenung bulan pada masa letupan itu berlaku, selama 1 saat.

Letupan itu diakibatkan hentaman meteorid seberat 60-pound pada kelajuan 56,000 batu sejam.

Kaum manusia mempertikaikan bagaimana letupan boleh berlaku sedangkan tiada oksigen di bulan?

NASA pula dengan selambanya menyatakan tiada oksigen diperlukan untuk letupan itu berlaku kerana daya kinetik meteorid itu sudah cukup untuk menghasilkannya.

Sebagai rekod, NASA sudah memerhatikan lebih 300 letupan lunar setakat ini.



20130518