Terbang ke Medan, Indonesia dari Terminal LCC.

Kami berlepas ke Medan, Indonesia dengan menaiki sebuah pesawat AirAsia. Ketika itu penerbangan tambang murah menggunakan Terminal Pengangkut Kos Rendah (Low Cost Carrier Terminal) di Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Terminal ini lebih popular dipanggil LCCT. Ketika itu Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) masih belum beroperasi.

Gambar sebuah kapal terbang Air Asia di landasan LCCT ketika matahari terbit.
Kembara Medan 22-03-2013, hari pertama
Gambar sebuah kapal terbang AirAsia di Terminal LCC KLIA berlatarbelakang matahari terbit. Ketika ini kami sedang berada dalam perut kapal terbang Air Asia yang akan membawa kami ke Medan.
# 22 Mac 2013 jam 07:55 pagi hari Jumaat
# 20130322-medan (1).JPG # Kamera DSLR Canon EOS 500D
# Lokasi: Low Cost Carrier Terminal, Kuala Lumpur International Airport.
gambar sayap kapal terbang membelah awan
Kembara Medan 22-03-2013, hari pertama
Gambar sayap kanan kapal terbang AirAsia ke Medan. Ketika ini mungkin kami sedang melintasi Selat Melaka.
# 22 Mac 2019 jam 08:41 pagi hari Jumat
# 20130322-medan (6).JPG
# Canon EOS 500D
 
Gambar awan yang ditangkap dari dalam kapal terbang ketika matahari sedang terbit.
Gambar awan semasa dalam penerbangan dari Terminal LCC di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, di Malaysia ke Medan di Indonesia.
Cantik awan tu nampak gebu dan macam boleh dimakan sahaja kan?
# 22 Mac 2019 jam 08:41 pagi hari Jumat # 20130322-medan (7).JPG
# Kamera DSLR Canon EOS 500D

Selamat Mendarat di Medan... Dilarang Menangkap Gambar oleh Pegawai Imigresen

gambar kamar kecil di pusat pemeriksaan imigresen di lapangan terbang Medan di Indonesia.
22 Mac 2013 09:16 pagi di Bandar Medan, Sumatra Utara, Indonesia.
Kami baru sahaja mendarat. Perkara pertama yang menarik perhatian ialah Kamar Kecil yang bermaksud Tandas. Sebaik sahaja merakamkan gambar ini datang makcik Imigresen melarang kami merakam gambar. Barulah Tedi tahu bahawa kawasan pemeriksaan Imigresen dilarang merakam gambar.
#20130322-medan (9).JPG #Canon EOS 500D #2013-03-22-0916

Setelah selesai semua, kami mencari supir (pemandu) yang sedang menunggu di luar lapangan terbang. Lapangan terbang tu kecil sahaja, lebih besar LCCT.

Destinasi kami selepas ini tentunya mencari sarapan pagi untuk alas perut sebelum meneruskan perjalanan ke Parapat.

Gamabar pemandangan di jalanraya di Kota Medan.
Suasana jalan di Kota Medan di Indonesia pada pengalaman pertama agak mengkagumkan, tampak bersih dan aman.
Puas juga cuba memahamkan maksud papan tanda ni. Tetapi agak menarik kerana di Medan pun ada nama Johor digunakan. Adakah Johor tersebut merujuk kepada kesultanan Johor pada suatu masa dahulu?
Apakah itu Belawan?
Tj Morawa tu Tanjung Morawa ke? Orang Indonesia memang suka gunakan singkatan menyebabkan agak susah nak faham maksudnya.

# Teks 1: Belawan. Tj Morawa. Lewat jalan tol.
# Teks 2: MTQN Ke-46. Tingkat Kota Medan tahun 2013. 19 Maret 26 Maret 2013 di Cadika Midan Johor. Sebagai wujud kota Medan "berhias hatinya". Bersih hijau sehat sejahtera dan halaman asri tertib indah dan nyaman. Dinas pertamanan kota Medan.
# 22 Mac 2013 jam 09:57 hari Jumaat # 20130322-medan (9).JPG # Kamera DSLR Canon EOS 500D

akan bersambung... jari sudah lenguh.. tengkuk sudah sakit.