Aina dirawat guna nebulizer kali ke-4
Gambar kolaj Aina semasa menerima rawatan nebulizer kali ke-4
- Malam semalam semasa dalam perjalanan pulang ke rumah kami singgah ke klinik Nur Qaseh di Bandar Baru Salak Tinggi sebab Nor Aina kelihatan sukar untuk bernafas.
- Aina bernafas gunakan mulut, manakala kedengaran bunyi kuat daripada hidung dan paru-paru.
- Aina juga batuk-batuk dan muntah-muntah banyak kali.
- Aina diberikan rawatan kabus menggunakan nebulizer, kali ini dia tak menangis malahan dia memegang nebulizer tersebut.
- Doktor suruh kami datang semula ke sana untuk rawatan kabus menggunakan nebulizer pada jam 10:30 malam jika keadaan Aina berulang semula.
- Kos rawatan adalah RM 73 termasuk dua botol ubat radang dan asma.
- Pada jam 10:30 malam Aina tidur dan keadaannya nampak stabil.
20171127

Ulasan
Get well soon.