[t17b18] Maksud Aisya Aisyah Aishah
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Mungkin kawan-kawan pernah membaca komen Tedi ke atas lirik nasyid Aisya Humaira yang dinyanyikan oleh kumpulan munsyid UNIC sebelum ini.
Terima kasih kerana sudi membaca dan terima kasih kerana sudi bertanya, apakah maksud Aisya?
Ramaikah manusia yang menggunakan nama Aisya? Adakah di Malaysia sahaja atau di merata dunia?
Nama Aisyah atau Aisya tiada maksud?
Pada permulaan pencarian Tedi kepada jawapan kepada persoalan tersebut, memang tiada maksud bagi nama Aisya ni, yang ada ialah Aisyah yang bermaksud "hidup bahagia".
Aisyah artinya "hidup bahagia"
Namun biasalah bagi rakyat Malaysia ni, mungkin nama Aisyah tu tidak kedengaran moden maka mereka menghampirkanlah nama Aisya kepada Aisyah. Mungkin mereka takut anak mereka nanti dipanggil Ecah, tapi yang kelakarnya Mommy panggil kawan dia Ecot. Ish ish ish.
Berita baik bagi mereka kerana Aisya mempunyai maksud lain iaitu "penuh semangat" dan ia berbeza daripada Aisyah atau Aisha.
Macam-macam peel manusia. Tepuk dada tanya selera masing-masing.
Variasi A'isha?
Memanglah nama Aisya itu sukar dicari maksudnya, kerana dalam Bahasa Arab ia dieja sebagai عائشة iaitu dalam rumi dieja A'isha (Āʾisha).
A'isha mempunyai pelbagai variasi ejaan seperti A'aisha , Aisha, Aishah, Aicha, Aishat, Aisya, Aisyah, Ayşe, Aiša, Ajša, Aïcha, dan juga Ayesha) di mana kesemuanya adalah nama dalam Bahasa Arab untuk perempuan yang bermaksud "dia yang hidup" atau "kewanitaan".
Nama hampir dengan Aisya?
- Aisar yang bermaksud "yang senang, mudah"
- Aish yang bermaksud "kehidupan"
- Aisy yang bermaksud "mewah, kaya-raya, kemakmuran hidup".
Tapi rasanya orang Malaysia takkan mahu nama seperti di atas, hehe.
Taburan penggunaan nama Aisyah di dunia
Menariknya ketika pencarian Tedi tadi, bukan sahaja maksud nama Aisya yang Tedi ketemui, bahkan Tedi menemui penggunaan nama Aisyah di serata dunia!
- 257 pengguna di Indonesia
- 175 pengguna di Malaysia
- 34 orang di Singapura
- 14 orang Amerika Syarikat
- 8 orang di United Kingdom
Taburan penggunaan nama Aisya di dunia
Manakala bagi nama pertama Aisya pula, dijangkakan bahawa penggunanya adalah seperti berikut:
- 50 orang di Malaysia
- 34 di Indonesia
- 8 di Amerika Syarikat
- 3 di Rusia
- 2 di United Kingdom
Menarik berkenaan nama Aisya
Nama Aisya dijangkakan berasal dari Indonesia atau Malaysia kerana taburan penggunaannya.
Nama Aisya jika dieja terbalik adalah Aysia.
Anagram bagi nama Aisya adalah : Iysaa, Yasai, Yasia.
Aisya jika disalah eja selalunya menjadi: Sisya, Aysya, Aisia, Aiya, Aisyaa, Asiya, Aisay, Aiysa.
Gabungan nama Aisya
Contoh gabungan nama Aisya yang digunakan di Malaysia.
Berikut adalah nama yang ditemui ditambah di belakang nama Aisya:
- Aisya Afiqah
- Aisya Aktar
- Aisya Aliefa
- Aisya Aliya
- Aisyah Alisa
- Aisya Amira
- Aisya Atiffa
- Aisya Azizah
- Aisya Azyani
- Aisya Diana
- Aisya Hanem
- Aisya Humairah
- Aisya Kurnia
- Aisya Liza
- Aisya Kasih
- Aisya Mirza
- Aisya Sarah
- Aisya Shakirah
- Aisya Sofea
- Aisya Sufi
- Aisya Yana
- Aisya Zaharin Aisya
- Aisya Zisya
Ada juga yang letakkan nama Aisya atau Aisyah di belakang:
- Alisa Aisya
Gabungan nama Aisyah
Beberapa gabungan nama Aisyah yang selalu digunakan:
- Afiqah Aisyah
- Arifah Aisyah
- Aisyah Aqilah
- Aisyah Farhana
- Aisyah Hasyila
- Aisyah Hijanah
- Aisyah Nabila
- aisyah Nadhirah
- Aisyah Nazirah
- Aisyah Nurmaulina
- Aisyah Syafiqah
- Aisyah Syarhah
- Izara Aisyah
- Nor Syahadah Aisyah
- Nur Aisyah Nadhirah
- Siti Aisyah
- Siti Aisyah Humairah
- Siti Nabila Aisyah
- Siti Nor Aisyah
- Wan Aisyah
- Wan Nurul Aisyah
Ejaan nama Aisyah dalam bahasa Arab atau tulisan Jawi
Ini adalah ejaan nama Aisyah apabila ditulis menggunakan tulisan JAWI.
عائشة
Ringkas
- Maksud nama Aisyah Humaira ialah dia yang kewanitaan kemerah-merahan, dia yang hidup kemerah-merahan. Humaira adalah nama manja bagi ummul mukminin Sayyidatina A'isyah Radiallahuanha kerana pipi beliau yang kemerah-merahan. Omputeh panggil blushing. Rasulullah S.A.W memanggil A'isyah, "ya Humaira". Tak tahulah jika Rasulullah S.A.W memanggil beliau "ya A'isyah Humaira"?
- Maksud nama Aisya adalah bersamaan dengan maksud nama Aisyah, ia hanya masalah ejaan.
18 Februari 2017, 20170218
Sinopsis: karangan berkenaan maksud Aishah, maksud nama Aishah, ejaan Aishah dalam jawi dan maksud nama Aishah dalam Bahasa Arab.


Ulasan
Nama kepada aisyah ...tp x bole sebab dah 1 tahun ke atas jadi redha jela ada je nama baby girl aisy