T16L03 Kenapa Mesin Basuh Tidak Boleh Spin?
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ
Tidak boleh spin yang Tedi maksudkan di sini ialah apabila mesin basuh anda boleh membasuh (wash) dan membilas (rinse) tapi gagal sama sekali ketika proses akhir mengeringkan baju (spin).
Ini adalah beberapa punca mesin basuh rosak tak boleh spin atau dalam kata lain spin mesin basuh tidak berputar.
Mesin masuh tidak spin di kitar akhir pembasuhan
Perkara pertama untuk diperiksa adalah masalah keseimbangan muatan mesin basuh. Pastikan kain-kain yang dibasuh berada dalam keadaan seimbang. Kadangkala kedudukan mesin basuh yang senget juga menyumbang kepada masalah ini.
Ini adalah kerana mesin basuh zaman moden mempunyai mekanisme perlindungan dalaman yang mengelak untuk spin apabila kain cucian tidak seimbang untuk elakkan kerosakan.
Sering terjadi apabila anda hanya mencuci satu item yang bertukar sangat berat apabila basah, atau apabila bahan cucian itu terlalu ringan.
Cara mudah memeriksa masalah keseimbangan ini ialah dengan melakukan spin tanpa apa-apa muatan dalam mesin basuh, atau dengan muatan yang lebih seimbang.
Mesin basuh tidak spin kerana ia gagal keluarkan air dengan sempurna
Mesin basuh juga akan menolak untuk melakukan spin apabila ia menghadapi masalah menyalurkan air cucian keluar, sama ada sepenuhnya, ataupun hanya apabila ada sebahagian air cucian tidak dapat dikeluarkan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Mungkin ada masalah pam tapi jangan terlalu pantas mengandaikan masalah pam, kecuali jika terlalu banyak air yang tinggal dalam mesin basuh. Mungkin sahaja ada sekatan yang menghalang air keluar dari mesin basuh anda.
Mesin basuh tidak spin kerana masalah pada sistem tekanan (pressure system)
Masalah pada pressure system akan menyebabkan mesin basuh menganggap bahawa air masih belum dikeluarkan. Ini adalah kerana pressure system yang bertugas memaklumkan kejayaan mengepam keluar air dari mesin basuh.
Masalah pada pressure system akan sebabkan isyarat tidak dapat dihantar kepada mesin basuh. Tandanya ialah apabila mesin basuh melakukan pusingan kecil untuk menyeimbangkan muatan cucian dan kemudian berhenti tiba-tiba selepas keluarkan bunyi "klik".
Mesin basuh gagal spin kerana masalah motor atau belt tergelincir
Ada kemungkinan motor yang memusingkan drum sudah rosak, selalunya diakibatkan oleh kehausan carbon brush, hingga menyebabkan mesin basuh gagal mencapai kelajuan yang diperlukan untuk spin, tapi masih boleh wash (basuh) dan rinse (bilas).
Kebiasaannya ia takkan jadi begitu kerana masalah motor akan sebabkan kegagalan ketika wash dan rinse juga. Tapi jika semasa nak spin ia membuat bunyi bising dan ia memaksa untuk spin, boleh jadi ada masalah pada motor.
Jika masalah melibatkan kehausan carbon brush, anda boleh baiki sendiri, tapi selebihnya, baiklah panggil mereka yang pakar membaiki mesin basuh.
Selain motor, boleh jadi juga masalah belt dari motor ke drum tergelincir. Masalah ini jarang berlaku pada mesin basuh zaman moden ni, dan ada juga mesin basuh moden yang tidak gunakan belt sama sekali.
Tapi ia mudah diperiksa dengan membuka panel belakang mesin basuh.
Karangan ini telah diterbitkan pada 20161203 berkenaan spin mesin basuh rosak.


Ulasan
Tak boleh spin (e74)
Kod e-74 khusus untuk masalah ini apabila mesin basuh ditetapkan untuk spin sahaja. Reset mesin basuh dengan tekan butang Off dan kemudian On.
Operasi semasa takkan diteruskan. Pembasuhan perlu dimulakan semula dari awal.
Sekiranya ikon Child Lock mesin basuh Samsung 8 kg anda menyala atau berkelip, ini mengesahkannya. Mematikan Child Lock biasanya akan mengatasi masalah anda.
Kena perhatikan beberapa perkara berikut:
1. adakah paip salur keluar air terletak terlalu rendah?
2. adakah paip salur keluar air sudah keras? Tandanya air tidak keluar tetapi motor masih boleh jalan.
3. adakah paip salur keluar air itu tersumbat dengan pakaian kecil? ia boleh terselit masuk ke dalam tub di antara tub pakaian dan tub menakung air dan seterusnya tersumbat sama ada ke dalam saluran keluar air atau dalam pam air.
4. adakah mesin basuh anda mempunyai Debris Filter? jika ada sila bersihkan.
mungkin tak seimbang mesin basuh tu. cuba susun balik cucian tu bagi seimbang dan set spin sahaja.
Ini semua bergantung kepada jenis mesin basuh anda sama ada top loader atau front loader.