Populariti budak sihir Harry Potter nampaknya tidak merosot

Tajuk karya JK Rowling yang terbaru ini mungkin tidak enak kerana ia bermaksud "Harry Potter dan Anak Sumpahan Bahagian Satu dan Dua", tetapi kisah terbaru budak lelaki sihir itu menjadi satu rahmat besar kepada para penjual buku, dengan 2 juta salinan dijual dalam tempoh 48 jam pertama selepas dilancarkan, seperti yang dimaklumkan oleh penerbit, Scholastic pada hari Rabu lalu.

Kulit buku terbaru Harry Potter pada 2016 yang sebenarnya adalah skrip.

Cerita ini, yang ditulis oleh pencipta watak Harry Potter, J.K. Rowling bersama-sama dengan John Tiffany dan Jack Thorne, sebenarnya bukannya sebuah buku tapi adalah skrip untuk pengeluaran teater dengan tajuk yang sama yang dipersembahkan di London.

Namun, fakta itu nampaknya tidak penting kepada para peminat Harry Potter yang sanggup menunggu dalam barisan panjang dengan ramai di antara mereka memakai pakaian yang memberi penghormatan kepada watak-watak kegemaran mereka dari siri ini - untuk membeli naskah "The Cursed Child" itu ketika pelancaran tengah malam pada hari Ahad lalu.

Mereka terpaksa menunggu lama untuk naskah terbaru selepas "Harry Potter and Deathly Hallow" (Harry Potter dan Azimat Maut), naskah akhir dari tujuh siri, telah dikeluarkan pada tahun 2007. Mashable menyatakan bahawa angka jualan Scholastic daripada siri ini secara kolektif ialah lebih kurang 450 juta buku sejak dunia telah diperkenalkan kepada Harry, Hogwarts dan seluruh rakyat dalam dunia fiksyen Rowling.

Rowling juga mengesahkan skrip ini adalah siri terakhir dalam saga Harry Potter, setelah melihat budak lelaki sihir itu melalui zaman Hogwart dan seterusnya melewati ke dalam usia pertengahan, di mana "The Cursed Child" tiba hampir dua dekad kemudian, yang menggambarkan Harry Potter sebagai lelaki pertengahan umur membimbing anaknya menjadi korban dalam dunia sihir.

Tedi berasakan bahawa semua ini hanya omongan kosong, pastinya nanti kisah anak Harry Potter pula akan dibangkitkan dengan kisah pengembaraan yang lebih mencabar dan serius, sesuai dengan kehadiran Harry untuk membantunya.