Mommy sedang memasak di dapur, bekalan untuk esok hari. Mommy tanya nak ikan goreng biasa ka ikan goreng sambal?

Pelik soalan Mommy itu... Tidakkah beliau mengerti bahawa seekor beruang yang comel makannya hanya layak ikan-ikan yang segar-bugar belaka.

Nak mengarut pasal aktivit blogging minggu ni

bilangan pelawat blogger sehari, tips meningkatkan pendapatan dan jumlah lawatan sehari.
 
  • Tedi baru sahaja balik dari aktiviti blogwalking.
  • Sudah lama juga Tedi tidak melakukan aktiviti sebegini dek kerana dihambat kekangan masa.
  • Siang bersekolah dan malam pula mahu menaip kata-kata mengarut, memang tiada masa dibuatnya.
  • Tapi lebih baik Tedi mengarut di sini daripada Tedi menonton drama Suami Tanpa Cinta. Bosan.
  • Bloqwalking pun Tedi sempat dalam 10 blog sahaja tadi.
  • Ermm.. tadi sempat juga intai berapa lawatan dah blog Tedi ni dapat dalam minggu ni, adalah dalam 1107 setakat ni dengan lawatan terendah harian ialah 151 dan tertinggi 325.
  • Purata lawatan bagi 5 hari terkini adalah 221 laman setiap hari, satu angka yang tak Tedi jangka, walaupun tak sehebat blogger lain, kerana Tedi bukan seekor blogger.
  • Walau apa pun Tedi mahu capai tahap konsisten 300 paparan laman setiap hari terlebih dahulu.

20160413