T12E05 Semangat waja ke sekolah
Cuba tengok mereka ni. Sanggup bersesak dalam beca kecil itu untuk ke sekolah.
Macam mana kawan-kawan pergi sekolah?
Mak ayah hantar?
Jadi kenapa perlu lawan mak ayah?
Semangat waja ke sekolah walaupun terpaksa bersesak-sesak tidak menjadi masalah demi menuntut ilmu.
Sumber: http://www.myindiapictures.com
Sumber: http://www.myindiapictures.com
Tedi selalu jumpa ayah yang bersusah payah jemput anak dia naik motosikal. Berpanas, berhujan, bersesak dalam kesibukan kotaraya. Tedi tabik mereka. Cuma keselamatan anak perlu diutamakan. Anak kecil letaklah di depan, takut-takut mereka tertidur - satu pemandangan tidak enak yang Tedi selalu jumpa.
Apabila tengok ragam mereka yang naiki motosikal itu, Tedi bersyukur kerana kami ada rezeki untuk menaiki kereta. Alhamdulillah.
Bear pun pandai bersyukur tau.
20120505

Ulasan