Kekecamukan dalam perperangan, tetapkan tujuan!
Adus, sudah 3 hari terdampar longlai di medan peperangan...
- Otakku amat kecamuk, tidak dapat ku ceritakan...
- Adakah aku terlalu memikirkan akan teori dan ideologi dalam pembangunan sistem ini?
- Kenapa tidak hanya, buat saja, asalkan jalan saja?
- Nanti jika projek ini tertunda, akan telinga ini mendengar, "jangan fikir sangat, jangan sibuk dan RnD, kena develop terus...",
- Tapi pada masa lain, mulut yang sama akan berkata, "kita kena design bebetul, kena pecah2kan antara kod, kena guna object oriented..."
- Pada satu masa, aku berfikir, "kod sahajalah, apa yang pengguna dan cikgu mahukan adalah sistem siap walau dengan apa cara sekalipun"
- Satu masa yag lain, terfikir, "erm, cara ini salah, kerana tidak mengikut teori"
- Satu masa yang lain, "tak perlu design complicated sangat, yang penting mudah untuk difahami kawan-kawan..."
- Perperangan itu akan terus berlangsung sehingga masanya tamat...
- Dan Tedi perlu pantas memutuskan dan menerima realiti, "bukan teknik yang dicari, tapi hasil yang dinanti".
- Tapi diri Tedi masih berdegil, masih mengkaji dan mengkaji, mencari semua sumber ilmu yang boleh ditumpangi, sedangkan mereka masih menanti, untuk melihat apa yang dijanji.
20150429


Ulasan
Memang dilema tapi kena ikut susunan.
Bukan kepakaran saya walaupun ambil jurusan Teknologi Maklumat di universiti.