Apakah itu syarikat Ali Baba?

Buah Fikiran Tedi
Istilah “Syarikat Ali Baba”
Mungkin Akan Lapuk?

Apabila nama perniagaan tradisi bertembung dengan gergasi e-dagang dunia

20140813  ·  Tedi

Istilah “Syarikat Ali Baba” sering digunakan dalam dua konteks:

Maksud lazim istilah ini
  1. Merujuk kepada perbuatan pihak tidak beretika yang menggunakan individu atau syarikat bumiputera untuk mendapatkan kontrak — lazimnya dari kerajaan — sebelum kontrak itu dijual atau diserahkan kepada syarikat bukan bumiputera.
  2. Sebuah syarikat yang mempunyai seorang penama bumiputera yang digunakan namanya semata-mata untuk mendapatkan kontrak, di mana dia digaji hanya kerana status bumiputeranya.

Tedi tak pastilah sama ada kegiatan ini masih berlaku kerana Tedi sudah lama tidak membacanya. Pada zaman dulukala, istilah syarikat Ali Baba atau perniagaan Ali Baba ini popular di dalam majalah dan akhbar.

Namun istilah ini mungkin akan “lapuk dek hujan, lekang dek panas” — kerana nama Alibaba kini sudah digunapakai oleh sebuah syarikat gergasi di China.

Alibaba Group adalah sebuah kumpulan syarikat yang berasaskan perniagaan atas talian, seperti yang dapat dilihat dalam rajah di bawah:

Syarikat-syarikat di bawah Alibaba Group

Besar tak besar jugalah syarikat ini — sehingga mereka mempunyai banyak cabang perniagaan.

Jadi istilah “Syarikat Ali Baba” mungkin takkan boleh digunakan lagi selepas ini — takut-takut disaman pula kerana menggunakannya.

✦ ✦ ✦

Logik tak buah fikiran Tedi ni?

© Tedi  ·  Buah Fikiran  ·  Semua hak terpelihara

⌂ Home

Popular