Malam tadi ikut Mommy dan Master makan-makan di sebuah cawangan Secret Recipe di Cyberjaya.
Suasana dalaman Secret Recipe CBD Perdana Cyberjaya. Baca kiriman ini kerana ada cerita kawannya hampir termakan besi di Old Town Coffee: Cyberjaya’s Old Town Coffee and Secret Recipe. |
Kami makan-makan di sana kerana Mommy nak makan Japanese Soba.
Datang pelayan nak ambil pesanan. Mommy pesan Japanese Soba dan Master pesan Spageti Aglio Alio, lebih kurang macam tu lah namanya, kurang periksa pula Tedi.
Tiba bahagian minuman pula. Mommy pesan plain water. Pesan air pun cakap omputeh.
Giliran Master pula.
"Teh tarik ada?", tanya Master tanpa melihat senarai minuman yang ada.Bagi Master kedai makan Malaysia wajib ada teh tarik. Kalau tiada, sila pergi berniaga di negara lain.
"Errr?", si pelayan terkedu.
"Abang ni, order elok-elok la.", Mommy pula menyanggah pesanan Master itu.
"Betullah ni!", tegas Master.
Akhirnya Master mengalah dan pesan hot chocolate.
"Apalah, kedai je besar, teh tarik pun takde.", bisik hati Master, agaknya la, hehehe.
Tak tahulah kalau kumpulan kakak-kakak yang sedang riuh-rendah sambut hari lahir tu perasan tak? Tapi Tedi faham yang Master bukannya kisah pun kalau mereka perasan. Inikan negara demokrasi?
Komentar Master mengenai Spageti Aglio Alio itu:
Spageti ke-3 tersedap yang Master pernah makan, di mana hakikatnya Master pernah makan di 3 kedai je, jadi yang ni paling last lah, hehehe. Tak berbaloi dengan harga!
Komen Master mengenai Japanese Soba:
Macam makan Megi kembang! Kejam sungguh kenyataan itu. Ini komen selepas makan, semasa di depan makanan, sila jangan kutuk makanan anda, bersyukurlah dengan apa yang ada.
Master tak boleh tidur.
Malam itu sampai jam 3 pagi Master tak dapat tidur dek penangan hot chocolate yang kuat sehinggakan terasa macam minum mocha. Favourite Master memanglah pelbagai kopi, tapi Master terpaksa tak minum atas nasihat doktor. Sebab itu sekarang ni kalau pergi mana-mana, Master minum teh tarik.
Moral of the story?
- Jangan minum hot chocolate pada waktu malam, terutamanya di kalangan bayi.
- Jangan kutuk makanan anda.
- Bersabarlah dengan mereka yang sambut hari lahir di Secret Recipe kerana mereka sedang meraikan pelanjutan usia mereka. Bila tanya umur, semua taknak ngaku. Atas kek pun tak letak umur.
Peta ke Secret Recipe CBD Perdana, Cyberjaya?
Alang-alang Tedi dah carikan peta ni untuk Master, Tedi upload teruslah. Ada 2 cawangan, lagi satu di Shaftburry yang baru buka tu, tapi Master pilih yang ini dengan harapan tak ramai orang, dan memang tak ramai pun, hahaha.
4 Julai 2013, 20130704
8 Ulasan
amboiii high taste jugak beruang kecik ni ye. Kenit minum kat warung biasa je tak pernah masuk SR ni hehehe. Mahai bebenor...:D
BalasPadamalah, Mommy yg ngidam makanan jepun tu... Tedi makan ikan fresh je...
BalasPadamwahhh sedap kot spagetii aglio tu , pernah makan dekat italian restaurany kat JB ,, ;D mmg superb! btw , selamat berkenalan rakan baru ! :)
BalasPadamkalau makan kat restoran Itali, sedap la kot? hehehe. Selamat berkenalan la jugak.
BalasPadamSy baru nak makan kek indulgence kt secret recipe tp tak kesampaian lg.
BalasPadamkek apa tu kak? hehehe... x kenal la kek2 ni :)
BalasPadamAssalammualaikum... tedi,
BalasPadambest dapat jalan2 dan makan2... bersama keluarga...
mselim3
selalu dapat makan bersama :) alhamdulillah
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.