Kelakar pula pertanyaan kawan Tedi ni, tapi Tedi pun nak tahu jawapannya.
Daripada beberapa laman web yang Tedi lawati, semuanya menyatakan bahawa Kucing boleh diberi minum madu, dan kucing boleh minum madu, namun kucing tidak perlukan madu.
Namun jika kawan2 mahu memberi madu kepada Kucing perliharaan kawan-kawan kerana beliau menghidap masalah pernafasan atau penyakit lelah, ia takkan membantu. Kunjungi pakar veterinar kucing kawan-kawan untuk masalah itu.
Laman web http://cancatseat.net/honey pula menyatakan bahawa kucing memang boleh diberi minum madu dan kebiasaannya kucing sukakan benda-benda manis. Namun pemberian madu kepada kucing haruslah dalam sela masa 1-2 sudu seminggu sahaja. Pemberian madu kepada Kucing dikatakan oleh laman web ini sebagai bermanfaat membantu mereka melawan penyakit. Namun pemberian madu berlebihan kepada Kucing mungkin akan mendatangkan kesan negatif kepada mereka.
Kucing tak boleh merasai manis.
- Namun ada pula pendapat lain yang menyatakan bahawa Kucing tidak boleh merasa manis seperti lidah manusia. Ini adalah anomali genetik kepada semua Kucing termasuklah Harimau Malaya.
- Namun jika kawan-kawan dapati mereka suka meminta aiskrim yang kawan-kawan sedang makan, sedarlah Kucing pun boleh berperangai seperti bayi manusia yang meniru perbuatan tuannya.
Beri madu apabila mahu beri Kucing anda makan ubat.
- Selain itu beberapa pembela Kucing mencadangkan diberi madu atau glukosa kepada kucing yang demam yang tak mahu makan. Ini adalah sebagai sumber tenaga. Caranya mungkin saja melalui campuran susu dan madu (atau gula). Tapi jangan susu lembu!
- Pengalaman seorang pembela Kucing menyatakan bahawa pakar veterinarnya menyuruh dia mencampurkan pil dengan madu untuk diberi kepada kucing. Tapi jangan kerap melakukannya, hanya apabila perlu diberi makan ubat.
Kucing adalah karnivor!
- Mungkin kawan-kawan Tedi lupa bahawa Kucing adalah karnivor atau pemakan daging (maging).
- Perutnya dicipta untuk menghadam daging, bukannya gula daripada tumbuh-tumbuhan.
- Susu lembu contohnya mungkin mengandungi gula berlebihan kepada Kucing dan akan menyebabkan mereka muntah-muntah dan terdehidrasi.
Sayang Kucing.
Apabila Tedi teliti semula kajian Tedi ni, dan membaca banyak pendapat, Tedi mula faham kenapa kawan Tedi tanya soalan ni. Sayang betul ke kucing ek? Baguslah macam tu.
Rujukan:
- http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20061121144107AAnuA2j
- http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20080811231028AAmUhOa
- http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20100517075950AAMsv2e
- http://answers.yahoo.com/question/index?qid=20121104161018AAkkHmB
Nota kaki:
Kiriman ini adalah berkenaan jawapan kepada persoalan apakah madu bagus untuk kucing yang menyentuh tentang efek madu kepada kucing dan juga kebenaran khasiat madu untuk kucing. Ia tidak menceritakan tentang cara memberikan madu kepada kucing kerana Tedi tidak percaya ada banyak manfaat madu untuk kucing sama ada kepada kucing biasa atau manfaat madu untuk kucing persia.
Ungkapan madu untuk kucing sakit tidak relevan dalam kiriman ini kerana kucing madu bak langit dan bumi. Ada juga perbincangan dalam kiriman ini yang hampir menjawab persoalan kucing dikasih madu atau anak kucing dikasih madu... bukan berkasih dengan madu... hehe..
11 Ulasan
bagus Tedi siap buat kajian lagi hehehe :D. Akak memang tak pernah bagi kucing2 akak dulu makan madu...tapi kalu kepok ikan lajuuuu je dia ngappp! :D
BalasPadamsmart la entry ni. terima kasih tedi psal maklumat ni.
BalasPadamKak Kenit: kajian Google + Bing.com je, hehehe. Kopok ikan memang wajib la dia ngap!
BalasPadamBro Zakirasli: hehe, ada kawan tanya, Tedi pun tertanya-tanya. Alang2 dah cari tu, baik Tedi blogkan sekali. :)
sy kalau kucing jatuh sakit bagi minum air kepala je.. huhu..
BalasPadamKak Aisya: kepala siapa? nenek Tedi pun selalu sumbatkan air kepala a.k.a air nyoq muda guna picagari... hehehe
BalasPadaminfo yang menarik untuk pengetahuan bersama.. ;)
BalasPadampsstt: akak paling lambat sampai office biasanya 45 minit. kali ni mungkin sebab pagi tadi hujan dan kenderaan banyak ditambah pulak bulan puasa. Ramai keluar awal..
Biasanya akak paling lambat sampai ofis? Hehe
Padamomg! hahaha... kelapa lah tedi..
BalasPadam*tangan lebih pantas daripada mata yang melihat. Ish3*
Ini memang kaki SMS ni... Heheheh
PadamBoleh ke bagi kucing minum stevia?
BalasPadammengikut kajian ke atas tikus pemberian stevia boleh menyebabkan masalah kesuburan, masalah jantung, masalah buah pinggang. Kadar pemberian stevia yang banyak atau pada jangkamasa lama boleh sebabkan kucing gagal serap karbohidrat. Stevia juga boleh berupah kepada komposisi mutagen yang boleh sebabkan barah.
PadamBuah cempedak di luar pagar, ambil galah tolong jolokkan.
Tedi budak baru belajar, salah tak salah tolong komenkan.