Langkau ke kandungan utama

Tips Kurangkan 500 Kalori Dalam Diet Harian Anda

Berikut adalah rancangan penurunan berat badan yang berkesan untuk anda!

Adakah anda tahu, dengan mengurangkan 500 kalori sehari anda boleh kehilangan sehingga satu kilogram seminggu?

Semak beberapa panduan berikut untuk menurunkan berat badan tanpa perlu menderita atau menyusahkan diri anda.

Gambar resepi ketam masak cili yang lazat dan mudah

Mengunyah makanan anda.

Kajian menunjukkan bahawa jika anda mengunyah makanan anda sekurang-kurangnya 20 kali sebelum ditelan, anda mungkin akan makan sehingga 70 kalori kurang dari kebiasaannya. Ia mengambil masa 20 hingga 30 minit untuk badan untuk menyedari bahawa anda tidak lagi lapar.

Makan secara mengunyah perlahan-lahan akan membantu anda berasa kenyang walaupun lebih kurang kalori diambil.

Mungkin anda pernah mendengar bahawa Rasulullah S.A.W mengunyah makanan sehingga 40 kali.

Dapatkan tidur yang mencukupi.

Tidur kurang dari 6 jam setiap malam akan membuatkan anda makan sehingga lebih 300 kalori apabila anda terjaga kerana kurang tidur mencetuskan pengeluaran hormon lapar yang dikenali sebgai ghrelin. Tambahan masa tidur sebanyak satu jam boleh membantu anda mengelakkan lebih 100 kalori!

Buat pesanan makanan dengan bijak.

Pilih sawi berbanding mayonis, salad dan bukannya kentang goreng, dan sayur-sayuran dan bukannya karbohidrat putih. Pertukaran seperti ini akan membantu anda mengurangkan 200 hingga 300 kalori dalam setiap hidangan.

Makan dalam pinggan yang lebih kecil.

Tukar pinggan bersaiz 12-inci kepada satu pinggan bersaiz 9 inci.

Makan dalam pinggan yang lebih kecil untuk memastikan anda akan makan 20 hingga 25 peratus kurang, membantu anda mengelakkan sehingga 500 kalori.

Jangan makan di hadapan TV.

Kajian menunjukkan bahawa makan di hadapan TV bermakna anda akan makan sehingga 250 kalori lebih.

Makan di meja, dan tukar 1 jam aktiviti menonton TV dengan aktiviti berjalan-jalan.

Jangan licinkan pinggan anda.

Anda tidak perlu menghabiskan segala-galanya di atas pinggan anda.

Tinggalkan 25 peratus daripada makanan dalam pinggan semasa makan malam. Anda boleh menyimpan baki makanan untuk makan tengahari pada hari berikutnya.

Berdiri.

Anda boleh membakar sehingga 500 kalori setiap hari dengan berdiri dan bukannya duduk. Cuba berdiri atau berjalan di sekitar apabila anda membuat atau menerima panggilan telefon atau membaca buku.

Hadkan Makanan Bergoreng.

Satu sudu besar minyak mengandungi 100 kalori. Dengan menghadkan lemak tambahan, anda boleh mengurangkan pengambilan kalori anda secara keseluruhan. Pilihlah kaedah seperti memanggang, mengukus atau membakar.

Kaedah memasak yang lebih sihat dapat mengelakkan beratus-ratus kalori.

Elakkan Minuman Manis

Mengurangkan pengambilan soda dan minuman bergula yang lain adalah cara yang mudah dan berkesan untuk mengurangkan kalori.

Segelas jus oren manis atau soda bergula mengandungi sekitar 170 kalori. Tukar minuman manis dengan air teh tanpa gula atau kopi tanpa gula.

Aktif

Jika anda mempunyai kelapangan di waktu petang, aktiviti membeli-belah dan memunggah barang-barang runcit boleh membantu anda membakar hampir 500 kalori. Memasak makan malam akan membantu anda membakar  lebih 130 kalori.

Ulasan

Kiriman Berkaitan