Adus, sudah 3 hari terdampar longlai di medan peperangan...



  • Otakku amat kecamuk, tidak dapat ku ceritakan...
  • Adakah aku terlalu memikirkan akan teori dan ideologi dalam pembangunan sistem ini?
  • Kenapa tidak hanya, buat saja, asalkan jalan saja?
  • Nanti jika projek ini tertunda, akan telinga ini mendengar, "jangan fikir sangat, jangan sibuk dan RnD, kena develop terus...",
  • Tapi pada masa lain, mulut yang sama akan berkata, "kita kena design bebetul, kena pecah2kan antara kod, kena guna object oriented..."
  • Pada satu masa, aku berfikir, "kod sahajalah, apa yang pengguna dan cikgu mahukan adalah sistem siap walau dengan apa cara sekalipun"
  • Satu masa yag lain, terfikir, "erm, cara ini salah, kerana tidak mengikut teori"
  • Satu masa yang lain, "tak perlu design complicated sangat, yang penting mudah untuk difahami kawan-kawan..."

  • Perperangan itu akan terus berlangsung sehingga masanya tamat...
  • Dan Tedi perlu pantas memutuskan dan menerima realiti, "bukan teknik yang dicari, tapi hasil yang dinanti"
  • Tapi diri Tedi masih berdegil, masih mengkaji dan mengkaji, mencari semua sumber ilmu yang boleh ditumpangi, sedangkan mereka masih menanti, untuk melihat apa yang dijanji.