Catatan

Gambar kucing Tedi: Si Putih

Imej
Si Putih kucing yang selalu temani nenek di mesin jahit. Inilah Si Putih , sekor-sekor nye kucing yang dibenarkan duduk dalam rumah grandma . Badan dia gebu macam seekor arnab & dia amat sopan-santun. Tetapi jangan salah sangka, Si Putih ini seekor kucing jantan tau. Disebabkan kegebuannya itulah gamaknya dia selalu dikejar Si Tiger , kucing paling ganas di rumah grandma . Tedi ada gambar Si Putih dengan mainan dia, tapi nanti la Tedi cari dalam folder mana la agaknya? 4 Jun 2013

[t21i08] Mummy selesai vaksin Covid-19 dos ke-2 di World Trade Centre Kuala Lumpur

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Mummy selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 dos kedua. # WORLD TRADE CENTRE KUALA LUMPUR # VAKSIN COVID19 # PROTECTHEALTH # KUALA LUMPUR # Saya sudah LENGKAP 2 DOS # VAKSINCOVID.GOV.MY # # Wednesday, 8 September 2021, 18:59 # # IMG20210908185913 # 41, Jalan Tun Ismail, Chow Kit, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur #   Menginap di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur Mummy memilih Hotel Seri Pacific kali ini kerana ia terletak betul-betul di sebelah Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di mana Mummy menerima vaksin dos kedua beliau. Aidan dan Aina teruja menaiki lif yang boleh pandang ke luar ketika menuju ke bilik. # Wednesday, 8 September 2021, 17:51 # 20210908 # IMG20210908175108 # OPPO Reno2 # Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur # Aidan dan Aina memeriksa bilik air dan teruja melihat kewujudan tab mandi. Aina memang akan periksa bilik air dulu apabila ma...

[t13c22] Terbang ke Kota Medan di Indonesia

Imej
Terbang ke Medan, Indonesia dari Terminal LCC. Selamat Mendarat di Medan... Dilarang Menangkap Gambar oleh Pegawai Imigresen Terbang ke Medan, Indonesia dari Terminal LCC. Kami berlepas ke Medan, Indonesia dengan menaiki sebuah pesawat AirAsia. Ketika itu penerbangan tambang murah menggunakan Terminal Pengangkut Kos Rendah (Low Cost Carrier Terminal) di Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Terminal ini lebih popular dipanggil LCCT. Ketika itu Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) masih belum beroperasi. Kembara Medan 22-03-2013, hari pertama Gambar sebuah kapal terbang AirAsia di Terminal LCC KLIA berlatarbelakang matahari terbit. Ketika ini kami sedang berada dalam perut kapal terbang Air Asia yang akan membawa kami ke Medan. # 22 Mac 2013 jam 07:55 pagi hari Jumaat # 20130322-medan (1).JPG  # Kamera DSLR Canon EOS 500D # Lokasi: Low Cost Carrier Terminal, Kuala Lumpur International Airport. Kembara Medan 22-03-2013, hari pertama Gambar sayap kanan kapal terbang AirAs...

Ujian Pendengaran dan Mata Bayi Aina

Imej
Akhirnya selesai juga ujian pendengaran dan ujian mata bayi Aina dalam dua hari berturut-turut. Ujian Pendengaran Bayi Ujian pendengaran bayi dilakukan di Hospital Bersalin Berisiko Rendah Precint 8 di Putrajaya pada 4 Mei 2017. Tampaknya bangunan Hospital Bersalin Berisiko Rendah ni adalah blok perumahan kakitangan kerajaan yang ditukar fungsinya menjadi sebuah hospital. Kena mendaftar dulu di unit hasil dengan bayaran sebanyak RM 5 bagi rakyat Malaysia, sebelum dihantar ke Unit Ujian Pendengaran di tingkat 2. Pastikan anda membawa buku merah bayi dan juga kad kesihatan bayi. Sebelum dibenarkan naik ke tingkat 2, kami perlu mendaftar dahulu dengan pengawal keselamatan di bawah. Anak Gagal Ujian Pendengaran Bayi Aina gagal dalam ujian pendengaran tersebut di mana ujian dilakukan dengan meletakkan satu alat di telinga dan kepala bayi. Bayi harus tidur nyenyak semasa ujian dilakukan. Doktor kata mungkin bayi Aina ni gagal sebab dia selsema. Kami habis dalam jam 10 lebih di mana ka...

[t12j06] Mawar Putih buat Mommy

Imej
Hari ini Tedi kemas fail-fail lama yang telah berdebu dilitupi debu. Tiba-tiba telinga Tedi tegak, apabila melihat foto yang sungguh rare  ini! "Apa yang rare Tedi oooi? Gambar biasa je tu." - fikir para pembaca interpretZZ sekarang ini. Ha'ah, gambar biasa je tu, cuma gambar Tedi dan sejambak bunga. Itu bukan perkara luar biasa, kan? Kandungan: Perkara luar biasa , Maksud Mawar Putih , Bunga yang sesuai digabungkan dengan Mawar Putih Perkara luar biasa Apa yang luar biasanya ialah... Master bagi bunga kepada Mommy! Bunga Mawar Putih pula tu. Selalunya Master hanya bagi Bunga Ulam Raja. Kenapa Master susah sangat nak bagi bunga? "Sebab Master bukannya kaya-raya. Bunga yang diberi kepada Mommy tu sekejap sahaja akan menjadi layu. Lainlah kalau bunga orkid, tahan lama. Tapi apa nilai orkid pada wanita? Bunga liar yang tiada bau." - itulah mentaliti Master. Daripada Master bagi bunga yang tak tahan lama, ada baiknya Master bagi duit tu kepada Mommy. Tapi taqdir Tu...

Satu Dollar Satu Peluru

Mata ini Menatap kata-kata Di atas kertas usang kekuningan   Satu dolar satu peluru Sumbangan muslimin Membunuh saudaranya di bumi Palestin   Aku memahamkan kalimat tercoret rapi Di atas kertas usang kekuningan Satu dolar satu peluru Adakah kita terlibat??? Dalam tindakan kezaliman zionis Di bumi anbiya bumi palestina Tubuh layu keguguran Satu dolar satu peluru Hasilnya darah membasahi bumi Alangkah sedihnya   Tidakkah kau dengari mereka bernyanyi? Lagu duka meluahkan kesedihan hati Ku merenungi hari-hari Beruntungkah diri ini Kerna gembiranya hati   Hingga melupakan saudara yang jauh di sana Bertarung nyawa mengemis akan haknya Satu dolar satu peluru Sokongan membunuh Dalam keriangan kita di sini Lontaran batu berbalas peluru Siapakah pengganas sebenarnya? Siapakah akan mendengari rintihan mereka? Sedangkan kita turut menyumbang dana Menikmati makanan enak di sini Mengahayati hiburan melalaikan Satu dolar satu peluru Itulah reali...

Tambah Nilai Touch 'n Go Online

Imej
Adakah persoalan ini pernah bermain dalam minda anda para pengguna Kad Touch 'n Go? Bolehkah reload Touch 'n Go secara online? Bagaimana topup Touch 'n Go menggunakan Maybank2u? Tidak boleh reload Touch 'n Go melalui online banking Straight to the point kan jawapan Tedi tu? Hehe. sebenarnya pada suatu masa dahulu boleh topup Touch 'n Go menggunakan sistem perbankan atas talian. Touch 'n Go memperkenalkan produk Quik2Go untuk tujuan itu. Tedi tak pastilah sama ada ia dieja Quick2Go atau Quik2Go? Tedi pun tak pasti pada tahun bilakah produk itu diperkenalkan, namun apa yang pasti ia menemui kegagalan dan tidak diteruskan. Kenapa ia gagal? Mungkin kerana pengguna terpaksa membeli peralatan khusus untuk topup kad TNG. Atau mungkin juga teknologi internet Malaysia pada masa itu tidak canggih? Atau mungkin sahaja idea itu terlalu jauh mendahului masa? Apa-apa pun Touch 'n Go kena faham, rakyat Malaysia tak suka membayar untuk perkhidmatan yang mereka pe...

Popular