Catatan

Tedi memasang langsir

Imej
Hari ini Tedi nak memasang langsir sendiri untuk rumah kami. Yah, Tedi nak pasang langsir la... Cara pasang penyangkut langsir secara DIY ialah: Mula-mula kena ada penutup landasan ( rail-cap) , besi penyangkut langsir (panjang atau pendek) & cecincin ( ring ) .... Masukkan cincin dalam rel pastu tutup dengan cap. Cecincin ni nanti yang kita akan gantungkan langsir yang disangkut menggunakan besi penyangkut langsir. Ini kain langsir untuk bilik tidur utama ( master bedroom ). .... Masukkan penyangkut langsir ke dalam kain langsir. .... Pastu masukkan sebelah lagi, jadila kedut-kedutan gitu... Kadar kedutan adalah ikut citarasa masing-masing Selain itu panjang kain langsir juga menentukan berapakah kedutan yang anda boleh buat. ....  Yang kiri tu penyangkut langsir bersaiz panjang, yang kanan pula adalah penyangkut langsir bersaiz pendek, bezanya kalau guna yang pendek, bolehla sorokkan rel belakang langsir. .... Penatnye... rehat dulu la... eh, apasal Tedi sekor-sekor jer ni? ...

[t22l07] Nafuzi tekad julang Kedah Darul Aman FC

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Alor Setar : Ketua jurulatih baharu Sang Kenari , Nafuzi Zain mahu terus pandang ke depan bagi mengorak langkah baharunya bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi menghadapi kancah Liga Malaysia (Liga M) musim depan. Sebaik diumumkan sebagai pengendali Sang Kenari, Nafuzi yang turut terkenal sebagai arkitek pembangunan pemain muda berkata, potensi besar bakat muda yang ada di Kedah turut menjadi tumpuan utamanya. "Saya tahu cabaran besar dihadapi musim depan dan kita perlukan kombinasi terbaik pemain dalam usaha menyiapkan pasukan yang dahagakan kemenangan." "Sebagai jurulatih saya tahu hanya kemenangan akan memberi kita 'jalan' kepada penyokong dan kelab. Saya mahu hadir ke sini sebagai pemenang serta berazam melaksanakan tugas dengan terbaik pada setiap perlawanan. "Saya berterimakasih kepada pihak pengurusan KDA FC yang memberi sepenuh kepercayaa...

[t23j24] Tayar Westlake Bagus atau Tidak

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ [Kandungan] Prakata Tayar Westlake berbahaya di jalan basah? Komen Tedi Rujukan Prakata Tayar Westlake ini pertama kali dibincangkan dalam interpretZZ dalam satu kiriman mengenai tayar kereta buatan Thailand. Kawan-kawan boleh membacanya di  Jenama Tayar Buatan Thailand: Westlake . Tayar Westlake berbahaya di jalan basah? Menurut satu sumber, tayar Westlake adalah antara beberapa jenama dari China yang menunjukkan prestasi buruk dalam ujian brek , terutamanya di jalan basah . Tayar berjenama Westlake ini memerlukan jarak yang melebihi had ujian untuk berhenti , yang membawa kepada kesimpulan bahawa tayar Westlake ini berbahaya dalam keadaan basah . Walau bagaimanapun, prestasi tayar Westlake berbeza berdasarkan model dan keadaan penggunaan tertentu. Kawan-kawan boleh semak ulasan dan penilaian terkini mengikut model tayar Westlake yang anda pertimbangkan. [Kandungan] Komen T...

[t15e09] Singgah di Kolej ke-13 Universiti Putra Malaysia

Imej
Blok Utarid D itu menjadi destinasi kami kali ini untuk mengambil barang-barang Pak Long Fikri. 09 Mei 2015 - angkut barangan Pak Long Fikri yang menamatkan pengajian asasinya. Pak Long Fikri telah menamatkan pengajian asasinya dan perlu mengosongkan bilik untuk diduduki pelajar baru. Sebut mengenai Kolej Ke-13 ni, Tedi tengok bangunannya adalah rekabentuk lama seperti berek polis zaman British . Tandasnya pun terletak di luar, tak kiralah untuk siswa atau siswi. Nak ke tandas tu kena melalui koridor yang juga terletak di luar, jadi memang orang ramai boleh nampaklah kita ke tandas. Salah satu perkara yang menarik perhatian Tedi adalah perkataan Putra Niaga yang terpampang pada satu papan tanda di blok itu.  Papan tanda Putra Niaga ni Tedi nampak ada di mana-mana di UPM ni, Tedi pun tak tahu apa kejadahnya Putra Niaga tu, tapi mungkin satu projek atau kesatuan yang membantu para siswa siswi di sana berniaga, almaklumlah pada zaman ini siswa siswi tidak di...

Piala FA: Kedah kejutkan JDT

Imej
Persatuan Bolasepak Kedah (KEDAH FA)   melakukan kejutan apabila mengalahkan juara  Piala AFC 2015, Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-1 pada perlawanan separuh akhir pertama  Superbest Power Piala FA 2016 di Stadium Darul Aman di sini, malam tadi.

Tali Pinggang Kulit Obermain

Imej
Sudah lama Master mencari tali pinggang. Hari itu semasa kami di Bangkok pun Master tercari-cari tali pinggang yang sesuai dan tahan lama, tapi tidak ketemu. Master berasakan bahawa tali pinggang di sana sama sahaja seperti yang dijual di AEON. Sebelum ini selalunya Master akan membeli tali pinggang di AEON dengan modal RM 30, tapi Master dah serik sebab tali pinggang itu selalu rosak. Jadi kali ini Master mencari tali pinggang yang diperbuat daripada kulit original. Ketika kami singgah di Johor Premium Outlet (JPO) dari kenduri di Batu Pahat, Master terus sahaja mencari tali pinggang dan kasut kerja. Akhirnya kami masuk ke butik Obermain. Hajat asalnya adalah untuk mencari kasut kerja Master namun macam tidak berbaloi. Akhirnya Master terserempak dengan tali pinggang Obermain ni yang dipotong 60%. Master beli dalam lingkungan harga RM60 jika tidak silap. Tali pinggang itu dibuat daripada kulit di bahagian hadapan dan kulit sintetik di belakang. Master kata tali pinggang Obermain...

Tidak selamanya kami menyanyi - UNIC

Imej
Unic kembang empayar perniagaan sebagai bekalan ketika tidak diperlukan nanti »Oleh Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my MENYEDARI tidak boleh bergantung harap kepada sumber pendapatan dari aktiviti seni saja, tiga anak muda yang menganggotai kumpulan nasyid UNIC, Bazli Hazwan , Ahmad Fadzli dan Fakhrul Radhi , menubuhkan syarikat, UNIC Nasyeed & Training Consultants . Selain terus aktif melalui persembahan nasyid, UNIC menggabungjalinkan konsep berhibur sambil mendidik melalui program motivasi dan kursus latihan di peringkat sekolah dan juga universiti. Berbekalkan pengalaman juga, mereka menubuhkan sebuah lagi syarikat iaitu UNIC Records . Tujuan penubuhan syarikat itu bertujuan memenuhi kehendak pasaran dalam bidang penerbitan album, buku dan yang berbentuk pendidikan untuk segenap lapisan masyarakat serta berfungsi sebagai pengedar kepada semua UNIC Records dan pelanggan mereka. Fadzli berkata, terus giat mengatur langkah dalam bidang perniagaan, UNIC bergerak se...

Popular