Catatan

[t22c31] Fungsi-fungsi pada Mesin Basuh

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Adakah kita menggunakan fungsi mesin basuh kita dengan sebaiknya? Kita mempunyai mesin basuh di rumah tetapi jarang menggunakan fungsi-fungsi yang saban tahun semakin bertambah. Kita semakin keliru dengan banyak simbol yang kita lihat pada mesin basuh kita dan akhirnya hanya menggunakan tetapan standard. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah Air Turbo, Fuzzy, Eco Tub Cleaning pada mesin basuh kita? Ini adalah beberapa fungsi umum yang sempat Tedi kaji untuk sama-sama kita fahami. [Senarai Fungsi Pada Mesin Basuh] Fuzzy / Regular (Biasa) Quick (Cepat) Delicates / Soft (lembut) Water Saving (jimat air) Air Dry (Pengeringan Udara) / Air Turbo (Turbo Udara) Eco Wash (Basuhan Ekonomi) Tub Clean (cuci tab) / Drum Clean (Cuci  Dram) Tub Dry (Pengeringan Tab) Fuzzy / Regular (Biasa) Program Fuzzy / Regular ialah tetapan standard untuk kitaran basuhan yang paling sesuai untuk cu...

Pemanduan Kanan vs Pemanduan Kiri

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Mengapa ada negara yang memandu di sebelah kanan dan ada yang memandu di sebelah kiri? Pernahkah kita mempunyai persoalan sedemikian? Negara yang memandu di sebelah kiri kebanyakannya merupakan bekas jajahan lama British & ada sebab British dahulu kala menggemari pemanduan di sebelah kiri Mudah menghunus pedang ke arah lawan di sebelah kanan (kebanyakan orang menggunakan tangan kanan). Pengguna tangan kanan mendapati mudah menaiki kuda dari sebelah kiri, maka bahu jalan mestilah di kiri.   Bagi negara pemanduan sebelah kanan pula: Pada 1700-an, petani di Perancis dan Amerika Syarikat mula menggunakan kereta wagon besar yang ditarik beberapa ekor kuda. Wagon ini tiada kerusi pemandu, sebaliknya pemandu menunggang kuda terakhir yang berada di kiri. Ini kerana mereka menggunakan cambuk di tangan kanan. Oleh itu, untuk memudahkan mereka mengawasi kenderaan-kenderaan lai...

[t23i09] Nama Pasukan Bola Sepak yang Menarik

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Assalamu'alaikum semua. Wow nampaknya ini adalah kiriman pertama interpretZZ pada bulan September 2023 ini menunjukkan semakin berdebu interpretZZ.com ini. Nak dikatakan ketandusan idea tu tidaklah, cuma tangan ini semakin malas menaip perkataan-perkataan yang sesuai. Tambahan pula kisah DNAA Zahid Hamidi menyibukkan diri Tedi ini yang cuba memahami proses mahkamah. Ramai pakar udang-undang kata mahkamah tidak ada pilihan melainkan terpaksa melepaskan Zahid Hamidi tapi PMX Anwar Ibrahim tiba-tiba kata janganlah kata mahkamah tidak buat keputusan, baca hujah-hujah dan keputusan mahkamah, jangan percaya kata-kata ahli politik. Nampaknya Tedi terpaksalah ikut kata pakcik Anwar Ibrahim itu, jangan percaya ahli politik, termasuklah kata-kata dia, kan? Hihihi. Berbalik kepada topik Tedi mempersembahkan kiriman kali ini seperti tajuk di bawah. Bagaimana memilih nama team bola yang me...

3 juruterbang wanita Malaysia catat sejarah

Imej
Tiga gadis Melayu mencatat sejarah menjadi kumpulan pertama juruterbang wanita bagi pesawat komersial dari Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) di Batu Berendam, Melaka. Dari kiri, Nor Nadia Dayana Md Saroni, 21, dari Kuala Terengganu, Shara Azlin Jalil, 23, (Petaling Jaya), dan Nur Moana Ishak, 21, (Kuala Lumpur) adalah antara 146 graduan yang menerima sijil juruterbang pesawat komersial pada Konvokesyen MFA, semalam (13 Mac 2007). MELAKA: Tiga gadis Melayu mencatat sejarah menjadi kumpulan pertama juruterbang wanita bagi pesawat komersial yang dikeluarkan Akademi Penerbangan Malaysia (MFA) di Batu Berendam dekat sini. Shara Azlin Jalil, 23, dari Petaling Jaya, Nur Moana Ishak, 21, (Kuala Lumpur), dan Nor Nadia Dayana Md Saroni, 21, (Kuala Terengganu), adalah antara 146 graduan yang menerima sijil juruterbang pesawat komersial pada Konvokesyen MFA di sini, semalam. Mereka mengikuti 'Commercial Pilot License With Instrument Rating Course' di MFA selama 66 minggu sehingga menamatk...

[t16b27] Pelawas? Macam tak sesuai

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Terserempak dengan Pelawas di Jalan Bangi-Dengkil... Selesai Tedi dan keluarga bermain badminton di Bangi, kami singgah makan di sebuah kedai makan di Jalan Jenderam-Bangi. Selesai makan Tedi ternampak sebuah kereta dengan perkataan yang agak menyentuh jiwa, yang berjaya memaksa Tedi mengambil gambarnya dengan bersembunyi dan membuatkan Tedi terfikir-fikir.... apakah Pelawas tu? bukan pasal ehem ehem ke? Apakah maksud perkataan "Pelawas"? Pelawas ialah sejenis gentian polisakarida yang tidak dapat dicernakan atau diserap oleh tubuh. Pelawas ialah selulosa tumbuhan yang tidak dapat dicerna dan diserap. Dalam sistem pencernaan, pelawas akan menyerap cecair, mengembang lalu menambahkan isi padu dalam usus besar. Dengan cara ini pelawas merangsangkan pergerakan peristalsis dan membantu dalam perkumuhan. Kekurangan air dan pelawas boleh mengakibatkan sembelit dan penyakit div...

Riangnya: Sebuah Perjuangan

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Pemandangan di kuala Marang di mana Master menyimpan kenangan zaman kanak-kanak apabila balik bercuti di kampung Tok Mak # Monday, 20 August 2012, 16:32 # _MG_3622.JPG # 20120820 # Canon Canon EOS 500D #     Riangnya, Dia berlari menjejakkan kakinya, Tiada beralas ke tepian pantai. Riangnya, Dia melagukan perjuangan, Disaksikan Laut China Selatan Mentari bersinar Ketika bayu laut menderu Pepohon nyiur melambai Ombak berterusan menghempas pantai Nyalaan semangat dirinya Melangkah dalam alam perjuangannya Persediaan menempuh masa depan Semoga tercapai apa kita citakan Bagai angin berhembus Sekelip mata impian menjadi debu Seolah kaca, terhempas ke batu Punahnya harapan untuk berjuang Akur permintaan ibu bapa tercinta Dilupakannya idaman diri Cengkaman kemiskinan sebahagian norma Kehidupan keluarga nelayan Tidak dia berlari lagi Tidak pula dia bernyanyi Realiti pahit dia hadapi Pilunya, Diri menahan sebak Tatkala bibirnya Mengisahkan sebua...

[t17d10] Akhirnya Jumpa Juga Lampin Bayi Tak Cukup Bulan

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Bukan mudah untuk mencari lampin buat si Aina, sebab dia ni lahir tidak cukup bulan dan beratnya tidak sampai 3 kilogram. Master pun puas dah merayau ke serata alam (kononnya la) untuk menemukan lampin tersebut. Master sudah terjah ke TESCO Bandar Baru  Nilai, dan juga Giant di sana. Master juga telah menerjah AEON Big di Midvalley. Alhamdulillah, akhirnya lampin tersebut ditemukan juga di JUSCO di Midvalley di Kuala Lumpur di Malaysia. 10 April 2017 jam 8:04 malam hari Isnin. Lampin MamyPoko Preemie untuk bayi yang lahir tak cukup bulan atau lahir pra-matang sehingga berat 3.0 kg. Master merayau ke JUSCO Midvalley untuk cari lampin ni. Harga RM 27.90 untuk 30 helai lampin. Dirakam menggunakan kamera telefon pintar HUAWEI H30-U10 2017-04-10 # @ Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, Wilayah Persekutuan, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur, Federal Territo...

Popular