Catatan

[t16j15] Berbicara Hal Kereta Conti (Continental)

Imej
Pagi ini Tedi nak melalut sedikit pasal kereta conti kerana ada dua kisah yang agak menggelikan hati Tedi apabila terdengar perkataan "kereta conti". Kereta Jaguar adalah salah sebuah kereta conti (continental) kerana berasal dari benua Eropah Apakah kereta conti? Kereta conti (disebut "konti") adalah nama manja kepada kereta continental yang dihasilkan rekaannya oleh syarikat pengeluar kereta Eropah. Tetapi ada juga yang menganggap kereta buatan Amerika Syarikat sebagai kereta continental. Contoh jenama yang popular di Malaysia adalah seperti BMW, Mercedes Benz, Ford, AUDI, VW, Renault dan Peaugeot. Negara-negara yang mengeluarkan kereta continental terbaik adalah seperti Jerman, Itali, Perancis dan England. Kelakarnya mengikut pembacaan Tedi, istilah kereta conti ini adalah digunakan oleh orang Malaysia dan terkenal juga di Singapura kerana lazimnya cukai untuk kereta keluaran benua Eropah adalah lebih mahal berbanding kereta keluaran negara Asia. Kereta continen...

[t16g10] Dari Wakaf Bharu Kelantan ke Felda Sungai Lui Negeri Sembilan, 17 jam

Imej
17 jam perjalanan dalam kesesakan rakyat pulang ke kota Alhamdulillah, jam 12:00 tadi rombongan Tok Ayah dan Pak Ngah Shah selamat tiba di Felda Sungai Lui di Negeri Sembilan setelah menempuh perjalanan selama 17 jam dari Kampung Delima di Wakaf Bharu. Mereka menggunakan laluan Tendong - Mulong - Machang - Kuala Krai - Kuala Lipis - Simpang Pelangai - Kemayan - Felda Sungai Lui . Perjalanan bermula pada jam 5.00 petang Sabtu (20160709) sebelum mereka tersangkut di Machang selama 3 jam . Pada jam 11.00 malam mereka baru sampai ke Kuala Krai tapi kemudian mereka sangkut pula di Kuala Krai selama 8 jam . Pada jam 4.30 pagi Ahad baru mereka sampai di Gua Musang . Kawan Mommy yang bergerak pada waktu yang sama iaitu sebelum Subuh hari Ahad turut tersekat dalam kesesakan jalan raya di Machang.   Kerajaan Kelantan perlu bina lebuhraya, jambatan, dan lorong memotong Nampaknya rakyat Kelantan kena cari taktik lain untuk pergerakan keluar masuk Kelantan semasa raya. Kerajaan negeri Kela...

[t16k28] Hari Terakhir di Bangkok

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Gambar pada hari terakhir (hari ke-5) percutian kami melancong ke Bangkok edisi T16K . Memandangkan kami perlu naik kapal terbang pada jam 2:15 petang , aktiviti kami terhad di sekitar hotel berjalan-jalan, sebelum daftar keluar dan bergerak ke lapangan terbang antarabangsa  Don Mueang International Airport . Penerbangan antarabangsa ni kena daftar masuk awal jadi sekitar jam 12:15 tengah hari kami sudah berada di lapangan terbang . Perjalanan menaiki teksi ke lapangan terbang dalam 15 minit hingga 20 minit . Jadi hari terakhir ini bukanlah hari melancong di Bangkok tetapi hari untuk kami transit sahaja dari Bangkok ke Kuala Lumpur . Hari terakhir di Bangkok (T16K) Gambar pramugara AirAsia sedang menjual cenderamata AirAsia dalam kapal terbang AirAsia penerbangan AK885 dari Bangkok (Dong Mueang) ke Kuala Lumpur (KLIA2) # 20161128 # Monday, 28 November 2016, 17:21 # DSC02352 #...

[t16k27] Perabot Kayu di Chatuchak

Imej
Hari ini hari ke-4 kami melancong ke Bangkok dalam Travelog Bangkok T16K . Salah satu aktiviti pada hari ini adalah pergi ke Pasar Minggu Chatuchak (Chatuchak Weekend Market) iaitu katanya pasar terbuka terbesar di Bangkok. Tetapi sempena tajuk kiriman ini, Tedi akan fokuskan kepada gambar perabot kayu yang Tedi perasan di sekitar pasar minggu tersebut. Google StreetView menunjukkan salah satu suasana di sekitar Pasar Minggu Chatuchak Gambar pada jam 14:31 dan bertarikh 27 November 2016 di bawah ini adalah 3 keping gambar yang Tedi sempat ambil semasa kami mengejar teksi untuk pulang ke kawasan hotel setelah membeli-belah dan menjelajah Pasar Minggu Chatuchak di bandaraya Bangkok di negara Thailand . Gambar kerusi bar kayu di depan sebuah kedai perabot di Chatuchak Thailand # 20161127 # Gambar meja bar kayu ini diambil di sebuah kedai di seberang jalan bertentangan dengan Chatuchak JJ Mall . Hajatnya, Mommy berkenan nak tempah perabot seperti ini untuk diletakkan di dapur su...

Lukisan Rumah Di Tepi Sungai

Imej
Kerja sekolah Tedi seterusnya adalah untuk membuat satu lukisan yang menggambarkan sebuah rumah usang yang terletak di tepi sungai. Tedi dah pernah kaji pasal lukisan rumah usang pada tahun 2015 dahulu, maka kali ni Tedi nak cuba sesuaikan pula dengan kedudukan rumah di tepi sungai. Karangan ini akan merangkumkan beberapa lukisan rumah tepi sungai yang telah Tedi pilih sebagai sumber inspirasi. Lukisan Rumah Di Tepi Jeram Lukisan ini menggambarkan sebuah rumah kecil betul-betul di tepi sebatang sungai kecil. Keadaan sungai yang berbatu itu mungkin menunjukkan ia adalah jeram yang mencadangkan bahawa rumah ini terletak di atas bukit. Terdapat titi kecil betul-betul di sebelah hadapan rumah seolah-olah ia adalah satu-satunya jalan keluar masuk ke rumah tersebut. Sumber: lukisanindo.com Lukisan Rumah Barat Berhampiran Sungai Lukisan pensil hitam putih ini menunjukkan sebuah rumah gaya barat terletak tidak jauh dari sebatang sungai. Kelihatan denai dari rumah itu ke sungai, dan ...

[t14h21] Kisah Logo Kereta Super

Imej
Setiap logo kereta mempunyai maksudnya yang tersendiri. Kiriman ini mencatatkan sejarah di sebalik logo-logo kereta super. Kadangkala logo kereta itu nampak bodoh tapi dah kereta super kan mestilah tiada siapa yang nak kutuk... hehehe. Bugatti ,  Chevrolet ,  Ferrari , Koenigsegg ,  Lamborghini   Bugatti   Logo kereta Bugatti adalah berasaskan kepada huruf E dan B yang digabungkan dengan unik. sumber:  Arnaud 25 , CC BY-SA 4.0 , via Wikimedia Commons Ettore Bugatti mahukan logo untuk syarikat keretanya akan menonjol, dikenali dan melambangkan ciri-ciri keretanya. Dia mahu logo syarikat untuk menyatakan kualiti, kuasa, kelajuan, keindahan dan keunggulan teknikal kereta yang diciptanya. Untuk mencipta rupa yang dia inginkan untuk logo itu, dia memerlukan seseorang yang mempunyai bakat kreatif yang juga boleh memahami konsep yang dia cuba cipta dengan keretanya. Nasib baik, Ettore Bugatti tahu dengan tepat siapa yang hendak diambil untuk kerja ini. ...

[t17j02] Bagaimana install SportsDevil pada KODI 17 Krypton

Imej
Tidak dapat dinafikan bahawa add-on SportsDevil adalah add-on yang paling Tedi gemari untuk menonton siaran langsung bolasepak England dan antarabangsa menggunakan aplikasi Kodi. Sebabnya SportsDevil ni senaraikan semua perlawanan secara langsung dalam satu senarai jadi kita tak perlu cari ikut saluran TV satu-persatu. Lagi satu ada 2 channel yang Tedi suka iaitu dimsum dan firstrowsports.eu yang agak stabil siaran live streaming mereka. Malangnya add-on SportsDevil adalah dari sumber luar maka kita kena tanggung sendiri sebarang risiko kerugian akibat penggunaan add-on tersebut. Di bawah adalah langkah-langkah untuk pasang SportsDevil pada Kodi 17.3 : Klik ikon Settings di sebelah kiri atas kodi. Pergi ke System Settings -> Addons. Pastikan pilihan ‘Unknown Sources’ telah dipilih. Tanpanya kita takkan dapat install add-on daripada pihak ketiga. Apabila ada pop-up amaran yang menyatakan kita kena tanggung jika ada apa-apa berlaku seperti kecurian...

Popular