Catatan

[t21l31] Lukisan Haiwan Gajah

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Aina dan Aidan selalu meminta Master melukis gambar haiwan, jadi Master perlulah mencari gambar lukisan haiwan mudah untuk dijadikan rujukan. Kalau nak lukis yang complicated memang Master tidak berbakat. Oleh itu sebagai rujukan pertama, Tedi hidangkan koleksi gambar lukisan gajah yang mudah untuk ditiru MAster. Lukisan Gajah Minimalis dari PinClipart Sumber:  How To Draw Cute - Minimalist Elephant Drawing Clipart (#4864886) - PinClipart   ~20211231~ jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih

[t17b18] Maksud Aisya Aisyah Aishah

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Mungkin kawan-kawan pernah membaca komen Tedi ke atas  lirik nasyid Aisya Humaira yang dinyanyikan oleh  kumpulan munsyid UNIC sebelum ini. Terima kasih kerana sudi membaca dan terima kasih kerana sudi bertanya, apakah maksud Aisya ? Ramaikah manusia yang menggunakan nama Aisya? Adakah di Malaysia sahaja atau di merata dunia?   Nama Aisyah atau Aisya tiada maksud? Pada permulaan pencarian Tedi kepada jawapan kepada persoalan tersebut, memang tiada maksud bagi nama Aisya ni, yang ada ialah Aisyah yang bermaksud " hidup bahagia ". Aisyah artinya "hidup bahagia" Namun biasalah bagi rakyat Malaysia ni, mungkin nama Aisyah tu tidak kedengaran moden maka mereka menghampirkanlah nama Aisya kepada Aisyah. Mungkin mereka takut anak mereka nanti dipanggil Ecah , tapi yang kelakarnya Mommy panggil kawan dia Ecot . Ish ish ish. Berita baik bagi mereka kerana Aisya mempunyai maksud lain iaitu "penuh semangat" dan ia...

[t21l23] Cuci rumah Uncle Amer yang dilanda banjir

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Dipendekkan cerita rumah Uncle Amer telah dilanda banjir. Uncle Amer adalah kawan sesyarikat Mummy, jadi kawan-kawan sekerja beliau telah datang membantu mencuci rumahnya itu. Master pun turut membantu sambil bawa komputer riba takut-takut bos telefon minta bantuan. Mujur pada hari itu Master tidak ada kes besar yang memerlukan perhatian khusus. Aidan dan Aina pula ke Taska tetapi turut dibawa ke rumah Uncle Amer sebaik sahaja habis sesi pertaskaan mereka. Keadaan dalam rumah Uncle Amer ketika kami tiba di tempat kejadian. Master tanpa banyak bicara angkat sahaja apa yang boleh diangkat keluar manakala kaum wanita pula sibuk berborak nak pilih itu ini begitu begini. # Thursday, 23 December 2021, 10:39 # IMG_20211223_103933.jpg # Xiaomi M2101K7BG # Gambar Aidan sedang menolak air cucian lantai di rumah uncle Amer di Taman Salak Pekerti . Kami membantu mencuci rumah belia...

[T17A28] Komen lagu Sejati nyanyian Faizal Tahir

Imej
Kebelakangan ni Tedi rajin mengulang dengar dan mengulang tonton klip video muzik untuk lagu Sejati yang dinyanyikan oleh Faizal Tahir . Jarang Tedi mengulang tonton petikan video dalam YouTube, tapi video muzik Sejati ni memang ada auranya sendiri kerana berjaya menyentuh hati Tedi. .:Kandungan:. Maksud "sejati"  |  Bicara Lirik Lagu "Sejati" nyanyian Faizal Tahir  |  Komen Video Muzik Lagu "Sejati" nyanyian Faizal Tahir Maksud "sejati" Ejaan "sejati" dalam tulisan Jawi ialah sin-jim-alif-ta-ya:  سجاتي Definisi "sejati" mengikut  Kamus Dewan Edisi Keempat :  asli, murni, tulen, tidak ber­campur, yang sebenarnya bina ayat sejati Encik Hasan ini bukan sejati Johor, dia kacukan Kelantan dan Melaka. Hamidah seorang wanita sejati; Definisi sejati mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua : sebenarnya; tidak palsu atau bukan campuran; tulen; asli bina ayat Dia ini bukan orang kacukan tetapi orang Melayu sejati...

[t16d18] Yeay... Newcastle kalahkan Swansea 3-0

Imej
Wah, malam semalam adalah malam yang menggembirakan Master kerana kedua-dua pasukan bola sepak yang beliau sokong telah berjaya jinakkan lawan masing-masing. Pertama, Kedah FA telah tewaskan Johor Darul Takzim dengan jaringan gol 2-1 dalam perlawanan Piala FA. Bekalan tipis ini mungkin boleh membantu Helang Merah dalam perlawanan timbal balik di Stadium Larkin nanti. Kedua, pasukan Newcastle United berjaya tundukkan Swansea City 3-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris. Newcastle gunakan formasi 4-4-1-1 untuk kalahkan formasi 4-4-2 Swansea. Newcastle tidak asing dengan kekalahan sehingga mereka kini terperosok di tempat kedua terbawah Liga Perdana Inggeris. Perlawanan semalam adalah penting bagi Newcastle kerana jika menang, ia akan bantu mereka dekatkan jurang dengan Norwich, dalam usaha membantu mereka hindari penyingkiran dari Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan. Sebelum itu, Sunderland telah berjaya belasah Norwich, 3-0 pada perlawanan yang telah berlangsung lebih awa...

[t17b05] Giant Keep B10 in 3 minutes

Imej
Lama Tedi tidak mencatat pasal Summoners War . Malam ni Tedi nak rekodkan pasal pasukan Giant's Keep B10 milik Tedi yang kini berjaya mencapai kelajuan perang 3 minit. Monster yang Tedi gunakan mengikut susunan adalah Veromos 6*, Theomars 6*, Chasun 6*, Belladeon 6* dan Bernard 5*. Summoners War Dragon's Keep B10 team bawah 3 minit 20170205

[t14l20] Lukisan seorang nenek membelai kucing.

Imej
  Ramai kawan meminta bantuan Tedi untuk menyelesaikan kerja sekolah mereka. Mula-mula Tedi nak minta maaf kerana lambat membalas, setakat private message, Tedi layan setakat yang mampu. Berkenaan soalan mengenai lukisan seorang nenek tua membelai kucing, Tedi cuba bagi nasihat setakat yang mampu. Nasihat kali ini kita pandukan kepada beberapa contoh lukisan. Lukisan Komen Tedi Ini adalah contoh lukisan yang sungguh epik kerana berani mempertaruhkan latar-belakang berwarna hitam. Kalau lukis semasa peperiksaan, memang nahas! Lukisan ini menunjukkan seorang nenek dengan kedutan jelas di wajahnya sedang membelai kucingnya. Gambaran rumah usang juga turut membantu menggambarkan situasi di mana nenek ini berada. Mungkin sukar nak nampak keusangan rumah itu, tapi kehadiran meja yang ringkas agak membantu. Lukisan dua orang nenek berbual sambil salah seorang membelai kucing. Tedi tak galakkan lukisan seperti ini kerana ketelitian pada figura tidak jelas k...

Popular