Hantar Mommy ke Jazeerat El-Rahah, Bandar Baru Bangi
Sudah lama Mommy cari saloon rambut Muslimah di sekitar rumah. Saloon yang terhampir adalah di Bangi, mungkin susah nak cari saloon rambut muslimah ni sehinggakan kami terpaksa ke Bangi pula. Bangi adalah suatu kawasan yang agak kurang Master kenali dan jelajahi, jadi jalan di sana Master kurang ngerti. Pada mulanya kami set ke Hajaba, kerana dalam peta Jazeerat El-Rahah tu ada disebut pasal Hajaba. Semasa Mommy telefon pun mereka sebut pasal Hajaba. Sebenarnya sebelum itu Master cuba set Waze ke Jalan Seri Bangi 8/35, namun Waze tak kenal, maka kami terpaksalah berpandukan kepada Hajaba. Ini peta yang kami gunakan yang menyebut Jazeerat El-Rahah ni berada di 55-1 Jalan Seri Bangi, 8/35 Bandar Baru Bangi. Beberapa landmark adalah HAJABA dan MFC selain Kompleks PKNS. Apabila set ke HAJABA, kami dihantar ke Jalan 8/5, bukan Jalan 8/35. Master terpaksa periksa Waze semula dan cari peta secara manual kerana ternyata apa yang ditunjuk dalam Waze itu adalah pals...