بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ


Tedi tertanya-tanya untuk setiap kilogram barang yang dimuatkan ke dalam kereta kami, apakah kesannya kepada penggunaan minyak petrol?

Maka Tedi mulalah mengkaji dan mengkaji.

 

1 kg berat guna 0.2 liter minyak per 1000 km

Analisis empirikal menunjukkan bahawa purata 0.2 liter bahan bakar diperlukan untuk mengangkut 1 kg berat pada jarak 1000 km. Selain itu tambahan 0.02 hingga 0.03 liter bahan bakar per 1000 km digunakan untuk setiap kg berat yang ditambahkan. Ini dikenali sebagai kadar bakar bahan bakar marginal (MFB: marginal fuel burn).

Jadi kalau dikira secara kasarnya, mungkin berat 1 kilogram hanya gunakan 0.0002 liter minyak petrol untuk 1 kilometer?

Bagaimana beban mempengaruhi penggunaan bahan bakar?

Erm macam tak banyak tu, tapi tu bari 1kg. Bayangkan kalau 10 kilogram? Tapi bagaimana pula berat barang yang dibawa boleh mempengaruhi penggunaan minyak?

Semakin berat kenderaan, semakin banyak tenaga yang diperlukan untuk bergerak. Kenderaan yang lebih berat mempunyai inersia yang lebih besar dan rintangan putaran yang lebih besar, yang kedua-duanya menyumbang kepada peningkatan penggunaan bahan bakar. Mengurangkan berat kenderaan adalah kaedah yang sangat berkesan untuk meningkatkan kecekapan kenderaan (RMI 2011).

 

Apakah itu inersia?

Aiseh dia main guna istilah pelik pula dah. Inersia? Apa benda tu?

Keadaan sesuatu benda berterusan dalam keadaan pegun (yang sedia ada) atau bergerak seragam dalam garis lurus dengan sendiri, kecuali keadaan itu diubah oleh daya luar.

Contohnya jika kereta itu tidak bergerak maka inersianya ketika itu adalah ia dalam keadaan pegun, dan untuk menggerakkannya kita perlukan daya luar seperti tolakan daripada enjin kereta, tolakan dari kenderaan lain, tarikan daripada kenderaan lain dan sebagainya.

Contoh kedua pula ialah kenderaan itu bergerak dengan kelajuan seragam dengan lurus, dan untuk hentikannya atau keluarkannya daripada keadaan itu memerlukan daya luar seperti hentaman daripada kenderaan lain.

Jadi dalam konteks kenderaan, semakin berat kenderaan, inersianya semakin tinggi, maka kita perlukan lebih banyak daya tolakan daripada enjin untuk gerakkan kenderaan tersebut.


~20201102~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih