Potty untuk kakak | 20210221
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Assalamua'laikum semua. Alkisahnya umur Aina sudah pun mencecah 4 tahun. Sudah tiba masanya untuk dia belajar buang air di tandas dan tidak menggunakan lampin. Mummy telah membeli tandas khusus buat Aina secara atas talian. Tandas ini dipanggil dengan nama manja " potty " adalah khusus untuk ajar kanak-kanak buang air iaitu kencing atau berak. Mummy beli jenis yang untuk dipasang di tandas duduk dewasa, bukan jenis tandas duduk kanak-kanak yang kita kena buang najis di dalamnya nanti. Tandas ini telah sampai beberapa hari cuma pada hari ini 20210221, barulah Master meluangkan masa untuk memasangnya, dengan bantuan juruteknik muda si Aidan. Kandungan: Sebelum dipasang , Aksi Aidan memasang potty , Setelah siap dipasang , Maklumat Potty Aina , dan Panduan Pemasangan Potty Aina . Gambar aksi Aidan sibuk juga nak memasang tandas buat kakaknya si Ai...