Catatan

Rahsia Bumper "Sembuh" Sendiri: Kisah Proton Saga BLM Dirempuh Sebelum Ke Kota Bharu | 20140130

Imej
Hari ni Master kelik awal dalam jam 5.30 petang. Sebabnya kami nak kejar bas ke Kota Bharu yang khabarnya bertolak jam 7.30 malam. Dah lama kami tak naik bas dan ini kali pertama naik bas di Dataran Nilai. Dirempuh dari belakang ketika keluar simpang Dalam perjalanan pulang tak berapa kilometer dari pejabat Master, kereta Proton SAGA BLM kami dirempuh dari belakang ketika Master berhenti sebentar untuk tunggu jalan clear . Nampak remuk sikit je, tapi tak tahulah kalau ada kecederaan dalaman. Pelanggar kereta kami tu minta maaf dan dia masih muda lagi walaupun tua daripada Tedi. Kereta Perodua Myvi dia teruk la juga dan kelihatan sejenis cecair mengalir keluar daripada keretanya, menunjukkan ada sesuatu yang bocor. Ni yang Master malas ni. Tidak lama kemudian datang beberapa orang mungkin yang digelar Tonto menawarkan khidmat menarik kereta kepada kami. Namun secara baiknya kami menolak kerana kami kan nak naik bas. Laporan polis pun kami tak buat kerana bagi kami kereta Proton Saga B...

Alves Kekal Setia Dengan Hijau Kuning: Teka-Teki Import Pertahanan Terjawab

Alves Kekal Setia Dengan Hijau Kuning: Teka-Teki Import Pertahanan Terjawab ALOR SETAR – Kedudukan Renan Alves sebagai tonggak pertahanan import Kedah yang mencetuskan persoalan sebelum ini akhirnya terjawab apabila beliau mengesahkan kekal bersama Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi saingan Liga Malaysia musim 2021. Pengumuman tersebut dibuat sendiri oleh pemain berusia 28 tahun asal Brazil itu menerusi laman Facebook miliknya, sekali gus melenyapkan spekulasi yang bertebaran selama ini. "Saya gembira dapat menyambung kontrak dan berharap tahun ini adalah tahun yang diberkati Tuhan." 💚💛🦅 — Renan Alves Melengkapkan Kuota Import 2021 Sebelum ini, peminat tegar Hijau Kuning tertanya-tanya mengenai status Alves selepas hanya dua pemain import, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche , diumumkan kekal sejak Disember lalu. Senarai Import KDA FC Musim 2021: Renan Alves (Brazil) - Pertahanan (Kekal) Kpah Sherman (Liberia) - Penyerang (Kekal) Kipre Tchetche (Ivory Coast) - Penyerang ...

Melaka Duck Tours di Melaka di Malaysia

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Pengalaman Menaiki Melaka Duck Tours & Menghayati Keindahan Masjid Selat Isi Kandungan: • Masjid Selat di Melaka • Kenderaan Amfibia: Melaka Duck Tours • Pemandangan Bandar Melaka dari Selat Melaka Masjid Selat di Melaka Masjid Selat adalah sebuah masjid yang agak baru pada masa gambar ini diambil. Ia dibina di kawasan yang ditambak di pinggir Selat Melaka dengan konsep masjid terapung yang sangat unik. Masjid Selat Melaka dari kenderaan amfibia Melaka Duck Tours yang kami naiki. # 20160201 # Monday, 1 February 2016, 12:22 | Sony D2533 | Peta: Google Maps ↑ Kembali ke Kandungan Kenderaan Amfibia Bot Itik Melaka Duck Tours Tedi pun tak tahulah sama ada ini sebuah bot atau bas, dah macam kenderaan pengangkut askar pun ada. Tedi pandai-pandai je sebut ini kenderaan amfibia sebab ia boleh bergerak di darat dan di laut. Barisan tempat duduk dalam kenderaan amfibia Bot Itik berwarna kuning. # 20160201 # Monday, 1 Fe...

Teruskan Hidup

Teruskan Hidup Hidup diteruskan... Laluan hidup yang berduri Mesti jua kau lalui Walau keperitan yang dihadapi Tiada jalan untuk hindari Sengsara yang dirasa Ada yang lebih pahit menelannya Jangan kau lupakan hakikat ini Hidup mesti diteruskan Dengan penuh ketabahan Apa yang berlalu Jadikan pengajaran Walaupun kau terseksa dalam kehidupan Jangan sesekali kau berputus asa Hidup mesti diteruskan Walau apa ujian melanda Percaya kepada-Nya Dia akan bersama Marilah melangkah menempuh alam Membina masa depan yang pernah kau citakan Hidup diteruskan dengan pengharapan Pasrah mengharapkan keredhaan Jika dikejar dunia fana Pastikan lelah dibuatnya Bersederhana dalam kehidupan Jangan kecewa dengan ketentuan Moga hidupmu akan tenang Jangan turutkan ketentuan emosi Kelak berada dalam depressi Jangan turutkan kesedihan hati Yang hanya mendatangkan halusinasi. Teruskan Hidup ditulis atau siap ditulis oleh Master pada 20071204 [Tuesday, December 04, 2007, 8:22:53 AM]...

Kuning Aidan | 20190604

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم. اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ Jemur Aidan di Klinik Primer Pada hari Selasa bertarikh 4 Jun 2019 di sekitar jam 8:34 seperti yang dirakam pada nombor giliran, Aidan dibawa ke Klinik Kesihatan Wakaf Bharu untuk diperiksa tahap kuningnya (jaundice) setelah jururawat dari Klinik Kesihatan Delima mengesyaki tahap kuning Aidan masih tinggi. Ketika ini umur Aidan adalah 7 hari menurut kiraan jururawat di sana. Mereka kira umur Aidan bermula sehari selepas tarikh lahir. Beliau mencadangkan Aidan diperiksa sekali lagi dengan secepat mungkin berbanding tarikh temujanji yang telah ditetapkan doktor sebelum ini ( 11 Jun 2019 ). Jururawat tersebut merasakan tarikh itu terlalu lewat dan Hari Raya akan disambut esok menyebabkan Klinik Kesihatan akan ditutup. Setelah diperiksa didapati tahap kuning Aidan telah meningkat kepada 218 . Doktor menyuruh kami membawa Aidan ke Hospital Tumpat pada esok hari ( 5 Jun 2019...

[t25b26] Newcastle United Melangkah Selesa ke Pusingan 16 Terakhir UCL; Benam Qarabag Agregat 9-3

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ UEFA Champions League • Play-off • Leg 2 of 2 Newcastle 3 Full-time Today 2 Qarabag FK Aggregate: 9 - 3 Isi Kandungan: • Keyakinan Jacob Murphy & Eddie Howe • Statistik Pasukan (Newcastle vs Qarabag) • Kronologi Perlawanan • Mengenali Lawan: Prestasi UCL Qarabag FK • Info Majlis Undian (Waktu Malaysia) Newcastle United melayakkan diri ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara dengan gaya yang meyakinkan selepas mencatatkan kemenangan 3-2 menentang Qarabag, sekali gus mengesahkan kemenangan agregat besar 9-3. "Bawa Saja Sesiapa": Keyakinan Jacob Murphy "Jujurnya, dengan kumpulan pemain ini, kami sedia berdepan sesiapa sahaja. Terutamanya dalam perlawanan kalah mati, kami percaya pada diri kami. Bawa saja sesiapa yang akan datang," kata pemain sayap itu kepada Amazon Prime. Semangat ini turut dikongsi oleh Eddie Howe. Beliau percaya pasuk...

Signal dan lampu kecemasan Proton SAGA BLM tidak berfungsi, tren, dan tol | 20151016

Imej
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . اَللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّÙ‰ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ، ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِÙ‡ِ Ù…ُØ­َÙ…َّدٍٍ   Satu lagi masalah selepas kemalangan di MEX tempoh hari Pagi semalam Tedi teman Master ke bengkel kereta yang kami selalu pergi, sebabnya lampu isyarat kereta kami tidak berfungsi. Alkisahnya semalam kami baru sahaja ambil kereta kami dari bengkel Evergreen Auto Center selepas kerja pembaikan kerosakan akibat kemalangan yang kami alami di Lebuhraya MEX pada 5 Oktober lalu. Sepatutnya selepas ambil kereta tu hati kami riang gembira kerana dapat menggunakan kereta sendiri dan tak perlu lagi meminjam kereta orang lain, namun baru sahaja bergerak dari bengkel tersebut kami dapati lampu isyarat kami tidak berfungsi sama sekali. Lampu isyarat kanan kiri, lampu kecemasan, malahan lampu di dashboard yang menunjukkan lampu isyarat dibuka pun tidak berfungsi. Bunyi tik tak tik tak yang selalu kedengaran semasa memasang lampu isyarat pun langsung tak kedengaran, sunyi sepi semuanya. Ap...

Popular